Sunday 29 June 2014

Keguguran di Musim FInal Exam

Assalamualaikum. haip semua. selamat berpuasa. lambat sikit ucapannya. hehe.. semoga Ramadhan kali ini dimanfaatkan dengan lebih baik berbanding yang lepas2 ya.

blog ni sunyi seketika dengan sebab munasab yang berlaku kebelangan ni. Baru saja merasa satu perasaan bahagia. i got positive result pregnancy test!, tapi ditarik balik perasaan tu. cuma sempat merasa beberapa ketika. betullah, perancangan Allah yang terbaik. ada hikmatnya. mungkin belum rezekinya lagi atau mungkin masa yang belum sesuai.

Cuma, patik sedikit (xtahu nak describe mcm mana perasaan ni), sebab lepas dapat tahu keguguran, mak mintak balik berpantang rumah mertua. hmm yelah, xkan nak balik ganu, sebab tengah final exam. so berpantang lah patik di rumah mertua. hmm, xtau lak kena berpantang bagai.

Dan, final exam untuk final semester ni mungkin mencabar sedikit, sebagai penutup tirai degree patik. study dalam kondisi patik yang *lagak berpantang ni x sama dengan study week yang lepas2 lah. dan usaha untuk stuggle makin mencabar. mengajar patik untuk lebih kuat mungkin. insyaAllah.

Dan, pagi tadi patik dah selesai first paper dengan jayanya. insyaAllah result pun dengan jayanya, berkat doa suami dan mak hehehe.. pagi tadi exam, malam tadi baru balik shah alam. ya Allah, tak pernah dibuat. study? memang sampai rumah terus tidur krohh krohh lah. haha..

Okay, tinggal lagi 2 paper. ni x balik kampung dah waktu gap ni. berpantang kat rumah shah alam jela. ramai yang ada boleh tolong jaga. hehehe.. doakan patik kuat ya, untuk habiskan degree ni. ya Allah, tak sabarnya tunggu tarikh keramat 12hb......dan patik akan tutup buku degree ni. hehehe

*kenapa mood penulisan macam bahasa melayu klassik sangat? hihi

2 comments:

  1. insyallah ada rezeki tuh jangan risau :D percaturan-Nya adalah yang terbaik..
    CT singgah sini follow sini jugaaak..
    jemput ke blog CT yang tak seberapa..

    www.sitiyangmenaip.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. amin.. insyaAllah.. okay, thanks ct hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...