Tuesday 19 August 2014

Kereta saya ditunda!

19 august 2014

Assalamualaikum.

Hai tuesday bluess. (Sebab isnin kita cuti,so no monday bluesss) hehe.

Tapi...sebab xda monday blues semalam lah,mimpi ngeri ni blaku semalam. Sobs sobs sobs.. okay, whats up? Kereta kita hampir ditunda. Huaaa... benci MBSA! Dah,malas nk cerita panjang la,tadi bukak blog ingat nak cerita,tapi bila  nk kena ingat balik kejadian tu,dush terus xda mood balik. Haha..

Tapi, yang syukurnya nasib xsempat kena tarik lagi,cuma almost okay almost. Tayar kereta semua dh kena ikat tunggu nak jalan je lagi.haih.

Hah,kepada sesape yang xpernah kena tunda kreta,nah zati nak tunjuk resit saman dengan bangganya! Haha



Friday 15 August 2014

Result semester akhir dah keluar!

Assalamualaikum wbt.

Semalam result student uitm ntk degree,master and phd dah keluar! Wah wah wah..tjaga pukul 3 pagi sebab dapat email dr uitm hantar result final.terus check twiter facebook nak tengok kengkawan hupdate status.fuh,habis scroll pn pasai result je.. nak check sendri punya takut mak oii.. last2 kuatkan jgk hati nak bukak,tadaaa! KEPUTUSAN ANDA DISEKAT KERANA TIDAK MELENGKAPKAN SUFO. hahaha.

Kalau tanya student uitm mesti tau sufo tu apa kan. Penilaian ntk lecturer. Alah,zati mmg setiap sem malassss sangat nk buat satu perkara tu. Dh pukul 11 before masuk kerja baru boleh check kita punya. padahal subuh tu dh bederu wasap masuk tanya result. Sorry ye kengkawan,mmg result saya kena sekat hehe.

Dan,alhamdulillah...sujud syukur pada Allah, berkat (tambah doa suami sem ni),doa mak ayah especially before zati jawab exam,merasa dean untuk last sem ni. Alhamdulillah.  *Nak tambah berkat kawen cecepat (tiba tiba!) Hehe

So,whats next? Boleh siapkan final resume untuk apply kerja ja ja.. yeayy!! Apa pun,doakan supaya jalan hidup zati dipermudah. Amin.

Izinkan hamba menyusul ke kamar dlu ya,esok kerja. Kepada yang cuti sabtu ahad (jeles gila waktu taip ayat ni), selamat bercuti.nak jumpa kita datangla calaqisya shah alam esok hehe..

Monday 11 August 2014

BILA CUTI TAK SAMA

Assalamualaikum wbt. semua..

Mesti x best kalau hari cuti kita x sama gn orang lain kan kan? Eh x sama gn orang lain xpe,tapi kalau x sama gn en asben lagi takkkk best! Kalau orang lain yang normal hari cuti kerja dorang sabtu ahad,tapi kita hari isnin. Yes! No more monday bluess. Hmm tapi tang tu jela yes dia. Haha.. yang lain, nak kluaq dating pon susah. Pastu bila sabtu ahad jeleous gila bila asben best je x g keja,tapi kita kena berjuang bangun g keja, haha..ayat, macam satu pengorbanan yang perghh gila hehehe

Bila dah sengsorang cuti,mula la terpinga pinga pikiaq nak buat apa sengsorang kat rumah. Haa,bila kena kerja macam bosan gila kan, tapi bila dah dapat cuti mcm tu plak. Lumrah manusia kan hehe.. tapi tula,main reason dia sebab MY CUTI TAK SAMA DENGAN MY SUWITHEART.

End up,bila dh habis idea pikir nak masak apa asben balik nt,dah habis kemas rumah,kemas itu kemas ini (*cewahhh nampak mcm isteri y superb sangat kan haha. Iklan je ni tuan puan gheee...), pastu terjumpa la a box of books yang kita beli rapi terbaca lagi. Beli suka,masanya enggak ada. Biasala,last sem busy kan,mana semoat nak baca.. hehe..haa, ni la masa yang sesuai...
Tadaaaa...

Monday 4 August 2014

cerita raya sebagai isteri orang.

Assalamualaikum.

Masih belum terlambat rasanya nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin pada semuaaa. Harini pun baru hari raya ke 8. Raya kan sebulan,ye dok? Hehe...

Biasalah, raya tahun ni ambe punya masa limited skit,xsempat nk update entry. Hihi.. 2hari sebelum raya dah gerak balik ganu, lain mcm skit ini kali punya raya sebab balik feeling raya lebih. Yelaa,biasa cuti sem sebulan sebelum raya,tapi ni ha 2hari nak raya baru nlk kg. Raya kat mana? Eh mestila suami mithali ikut isteri ketayangan balik ganu hahaha.. yess! I win! Doakan tahun depan balik ganu lagi.kuikui.. (cik abe sila baca!).

Raya kali ni ada 1001 cerita,haha nak taip pun rasa nak gelak golek golek dulu hahaha.. okay,1st of all, the hottest story is,baju raya suami saya tertinggal! Eh you guest what?? Dengan jalan jam subhallah,tiba2 dah sampai KL,asben tanya,itu bak blk? ini bak blk?itu ini itu ini,tup tup baju abg bak blk? Clueless!

Apa uolls expect? Nak uturn blk shah alam blk? Kreta nak gerak pun x bergerak. End up,rosak  plan tema merah hati kita hukhuk. Sorry syg,tahun pertama kena siapkan baju asben skali,dgn excited nk blk kg lg,terlupa huhu.. tp untung jgk cik abe kita,dpt bykkk dari kita baju raya.mak mertua lg blnja kt ganu.haih kita jgk kena sabo sbb mmg salah kita tinggalkan haaha..

Cerita lain, cerita x best is raya ketiga dh kena blk selangor! Eh raya sebulan okay. How come how come..saya x habis raya kt ganu lagiiii 😭😭😭..tapi nasib jgk asben bg can raya ketiga baru blk. Kalau raya kedua dh nk blk selangor lagi haru kita jadinya.. tapi tula,1st year of learning.

Cerita cerita seorang isteri sambut raya pertama sebagai isteri.kepohnya lebih hehe.. on the other side,raya tahun ni mestila la lg best,sebabbb dapat salam gn suami,itu gn suami ini gn suami hehe..eh duit raya pun dapat lg! Hahaha k bai.

Selamat hari raya maaf zahir batin dr saya dan suami. P/s sorry xleh belanja gambar baju raya merah hati kita sbb spoil baju tu tertinggal,so ganti dgn color lain.xsamalah.. baju raya kedua pun ok kan? Hehe.. 



Monday 14 July 2014

End of degree story.

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, tepat pukul 5.15 ptg kelmarin lepas habis last paper final exam, saya dengan ini sudah bebas dan merdeka sebagai pelajar ijazah sarjana muda. hoi hoi... lepas pengawas exam kutip kertas exam, ya Allah rasa macam haih susah nak describe la rasa macam mana hehehe.. haa ni saat yang kau tunggu tunggu sangat kan zati. nikmatilah! haha..

 Tapi....disebalik kelegaan, waktu salam2 gn kengkawan semua,  tiba2 rasa sedih. eh betul ke dah habis belajar ni?? macam x caya pon ada. sampai rasa macam xnak balik lepaih habis exam tu. alaaa, nanti dah susah nak jumpa semua kan kan kan.. sobs :'(  hehe..poyo la kan zati ni.


Nah, satu gamba cukupla. xkan nak post semua gambar ptg last tu, penat korang nak scroll nanti. banyak gilos hehehe. 
Ni gambar bersama kawan satu kuliah, yang banyak berjasa dalam perjuangan menghabiskan sisa baki degree ni. thanks dearies, especially aisyah, ida, miera sidek, kak syaa yang banyak ajar zati. thankss!!  I lovee u olls!!
Cuma last paper ni, x leh nak bergambar dengan bestie kita nana shai alin sebab dorang ambik subjek elektif lain. so last paper dorang  pagi, zati lak petang. so kiteorg p celebrate awal2 p iftar sesama malam exam tu. eh paper last x study ke kluar malam exam?? hahaha..



Kawan since first semester, sebelah kita, shai, alin, izah, nana and faizah. eh ramai lagi kawan kita nak masukkan kt dalam ni sebenarnya hehehe. I'm gonna miss u  guys! muah sikit! hehe..moga ukhuwah ni berpanjangan, amin...





Sunday 6 July 2014

Color untuk tema baju raya

Assalamualaikum.

Hai salam 9 Ramadhan. Eh betul kan baru 9 hari puasa? Haa so sempat lagi nak grab kelebihan ramadhan bebanyak ni ok.
Zati mcm biasa,salu overexcited bila nak raya. Tengah study final ni pun boleh lagi berangan nak raya..haha.. puasa cukup x cukup lain cerita. Hehe.. dah decide nak color apa untuk raya tahun ni? Kita dari awl tahun lagi decide nak color maroon,eh merah hati,eh lebih kurang la tu kan. *Eh melampaunya kau zati,dari awal tahun dah pikir nak raya. Melampau2 haha..
Motif? Sebab raya tahun ni would be my first raya with le hubs! Hihi.. so reason merah hati tu, melambangkan cinta! Ceh hahaha.. eh sorry korang,sengal skit urat saraf pagi ni. okay2, maafkan hamba. Bai! *Sambil buat muka comel* (muka comel cemana tah haha)


Bakal bekerja di Calaqisya!

 Assalamualaikum.

Hai semua. tengah buat apa? zati sedang 'ber honeymoon" menunggu last paper on 12th ni. ya Allah, lamanya gap! hehe... dan sedang menikmati detik2 terakhir sebagai pelajar degree.. ghehehe. dan zati dah plan, habis study zati xnak meganggur, xnak tanam anggur, xnak xnak.. so I had planned! whatever it is, zati nak kerja. so last week, sedikit usaha mencari kerja dilakukan. alaa, just ngadap laptop, sent email hihi.. and one of it, zati apply dekat Calaqisya. alaa, mesti tau kan, one of online butik famous kan kan.. lagipun, outlet calaqisya shah alam ni 2minit je dari rumah. lagi la syiok.  and lepas attending a brief interview, yeayyy zati berjayaaa! deng deng deng joget joget. hehe..




So soon..lepas habis final, insyaAllah akan jadi one of calasoldier hehe.. yang penting, misi xnak meganggur hampir terlaksana. doakan zati okay!


Sunday 29 June 2014

Keguguran di Musim FInal Exam

Assalamualaikum. haip semua. selamat berpuasa. lambat sikit ucapannya. hehe.. semoga Ramadhan kali ini dimanfaatkan dengan lebih baik berbanding yang lepas2 ya.

blog ni sunyi seketika dengan sebab munasab yang berlaku kebelangan ni. Baru saja merasa satu perasaan bahagia. i got positive result pregnancy test!, tapi ditarik balik perasaan tu. cuma sempat merasa beberapa ketika. betullah, perancangan Allah yang terbaik. ada hikmatnya. mungkin belum rezekinya lagi atau mungkin masa yang belum sesuai.

Cuma, patik sedikit (xtahu nak describe mcm mana perasaan ni), sebab lepas dapat tahu keguguran, mak mintak balik berpantang rumah mertua. hmm yelah, xkan nak balik ganu, sebab tengah final exam. so berpantang lah patik di rumah mertua. hmm, xtau lak kena berpantang bagai.

Dan, final exam untuk final semester ni mungkin mencabar sedikit, sebagai penutup tirai degree patik. study dalam kondisi patik yang *lagak berpantang ni x sama dengan study week yang lepas2 lah. dan usaha untuk stuggle makin mencabar. mengajar patik untuk lebih kuat mungkin. insyaAllah.

Dan, pagi tadi patik dah selesai first paper dengan jayanya. insyaAllah result pun dengan jayanya, berkat doa suami dan mak hehehe.. pagi tadi exam, malam tadi baru balik shah alam. ya Allah, tak pernah dibuat. study? memang sampai rumah terus tidur krohh krohh lah. haha..

Okay, tinggal lagi 2 paper. ni x balik kampung dah waktu gap ni. berpantang kat rumah shah alam jela. ramai yang ada boleh tolong jaga. hehehe.. doakan patik kuat ya, untuk habiskan degree ni. ya Allah, tak sabarnya tunggu tarikh keramat 12hb......dan patik akan tutup buku degree ni. hehehe

*kenapa mood penulisan macam bahasa melayu klassik sangat? hihi

Wednesday 11 June 2014

Selamat Pengantin Baru, abg mie!

31 May & 7 June 2014

Assalamualaikum semua.
A congratulation wishes to my beloved brother, abg mie and kakak ipar baru, which is special sikit, sebab... nama sama gn kita, kak zati. semoga berbahagia till jannah! hehe.. loved, adik jang dan suami. hihihi.

Officially, stock abang kita dah habis. semua dah laris dijual. sape suruh korang lambat hihi.. oh, ni y abg kita engage lepas kita tu la. when people ask why abg baru kawen? kita dah penah cakap kat post engagement abg kita tu kan. ok2, rasanya the best answer is, our family had planned untuk satukan majlis kami, which is in june ni. tapi, kalau awwk semua tengok kehidupan kita sekarang pun, awak semua y pening kepala. the reason y xboleh satukan is, kita akan super duper busy untuk habiskan final semester! and yes, nasib sesangat xbuat sekali. even kita balik weekend je untuk kenduri, pejam mata je dengan tanssss of assigment, thesis, report! ya Allah.

and the reason why abg kita xboleh buat sekali dgn adik dia ni january haritu, sebabnya kakak ipar kita lak y tengah berjuang habiskan master dia. and in May, dia akan konvo master, which is before dorang kawen la, then baru sambung PhD. so nampak kan, kan kan situasinya.. hehe..

Nah gamba satu. tak sempat nak hupdate gambar bebanyak.

 

Okay, ni kita nak sambung siapkan thesis lak. anyway, thesis kita kena hantar jumaat ni, means lusa la kan? huaa nak nangis! k2 bai




Saturday 24 May 2014

Marang mu tunggu aku datang!

 Salam alayk. Hai! Okay short post just to inform lagi lebih kurang sejam kita akan sampai marang. Yeayy!! After three month tak balik kampung okay. Three month! Fuhh hebak ahh zati hehehe.. Seminggu cuti ni weee.. UiTM kan memang kaya dengan cuti hiks..
Tapi minggu ni kita balik kg gn adik je, next week baru en hubby menyusul. Ok lah iolls sgt excited nak sampai rumah ni. Doakan kita sampai dgn selamat dan cepat! Hehehe..
 
 
selfie mepie gn adik yang kepala pening haha ;D 
 

Tuesday 6 May 2014

Kucing oh kucing.



Assalamualaikum
hai semua dah tidur? zati sedang mencari ilham dan mood untuk sambung buat assigment ni.
zati nii....cari mood sangat, asal nak cari mood kena online kan. stalk kengkawan sejam, baru jumpa mood. buat kerja setengah jam, ngantuk lak datang. cari mood hilangkan ngantuk lak. haishh alasan pelajar! haha..

Sedang termenung nak cari mood ni, tiba2 teringat al kisah siang tadi. pagi tadi lepas kelas Dato' Muhamad (tok mad), terus berlari pegi kafe. Lapar sangat walau kelas pagi tadi sejam je, 8.30-9.30. Ha tambah lapar sebab dah selesai presentation and submit assigment. so next class, 11.30. haruslah makan lelepak kt kafe dulu kan gn kengkawan. alaa, biasala kita sekarang kan dah susah nak lepak kalau lepas kelas. hehehe... *bak kata kawan kita, kehidupan selepas kawen. haha yelaa tu sangat.

Pastu nak dijadikan cerita, waktu kita makan datangla sekor kucing ni. comel! pastu dia buat muka kesian. biasanya kalau kita, takut skit nk layan sangat, kang terus naik atas riba nak mengada. haha.. eh jap, kita x takut, cuma geli hehe...

Tapi tadi, kita macam kesian, pastu kita pun bagi la ayam kt dia. 20 saaat, hilang dah ayam tu. and dia mintak lagi. tapi waktu tu kita dah x layan sebab tengah khusyuk dengar cerita si nana. TIBA-TIBA... dia lompat atas riba kita! and diluar sedar, zati jerit (sebab terkejut) dan boleh diamkan satu kafe yang tengah gamat tu! Ya Allah, malunyaaaa.. kita rasa macam dalam filem kejap, scene pause. kucingggg... ni semua awk punya pasal...!!

Okay, okay.. fuuhhhh....cool down zati. dah lap lap air mata. and nana: haa zati lain kali, kalau rasa takut kucing, jangan buat berani bagi makan. "baiklah awak hukhuk. kita x sangka dia lagi berani daripada kita. lagipun dia kesian....."





Thursday 1 May 2014

Erti Hari Pekerja kepada Pelajar Semester Akhir

Assalamualaikum semua. selamat hari pekerja dan selamat bercuti kepada yang bekerja semua. untung2, ambik cuti jumaat sekali, boleh g honeymoon dengan family kan. *ni bab cuti laju aje haha. Tapi kepada yang kena bekerja tu, xpe. chill je. gaji double kan? hehe..

Tu erti hari pekerja kepada yang sudah bekerja. erti kepada student macam zati ni? sedih. macam lebih dari hari ada kelas. tons of aasigments waiting. sighh.. presentation, assigments, thesis, practical report. oh I can die! sobs sobs.

Even esok xda kelas, tetap kena g fac jumpa supervisor! aduhai. apa pun, meh kita usaha untuk memeriahkan cuti kita hehehe.. good news, my bestie akan datang shah alam, stay rumah kita. terubat sikit, sebabnya hubby kita tengah busy. so kita x ada la reason nak kacau dia kan. oh anim, I'm waiting! even super duper busy, aku akan curi masa nak spend dengan mg! hiuhiu.

Ok, dah habis iklan. meh kita sambung buat assigment balik. bai bai awak semua. happy holiday.

*p/s dah masuk 1 rejab. lagi 2 bulan masuk ramadhan. kepada yang ada tinggal puasa ramadhan lepas, cecepat ganti kalau  x habis lagi okayh. hehehe ;)




Thursday 10 April 2014

Kehidupan selepas nikah

Hai, assalamualaikum semua. apa bikin? semoga sihat2 sahaja ok! haa lebih2 lagi dengan keadaan musim panas sekarang ni, please do drink a lot of plenty water. walau kita sendiri pun selalu ulser sebab x cukup air. hehe.. and, kepada rakyat selangor, sila beli bekas tong air bebanyak, sebab kita dengar catuan akan DILANJUTKAN lagi sehingga puasa. best kan! hehe

Ok, back to point, sebenarnya ramai tanya zati macam mana dengan life after married? especially waktu mula2 bukak semester haritu. at first, kita macam terkelu bukan sebab x tau nak jawab apa. tapi sebab everytime jumpa classmates, kawan satu lecture, satu faculty, mesti akan tegur and tanya, "zati, macam mana sekarang?" "best tak kawen?" and banyak lagi. yet, I'm so grateful sebab Allah selalu dikurniakan insan2 yang istimewa untuk berada di sekeliling hamba. prihatin, baik hati, haa.. banyak lagi la. and lagi satu sebab maybe jugak kawan2 zati ni excited sebab zati antara yang kawen dulu. anyway, I love uoll to the moon and back! hiks.

Baiklah, sejujurnya, hows my life after got married? ya Allah, ianya suatu perasaan yang sangat istimewa. terasa sebahagian hidup sebagai hamba Allah sudah lengkap.
terasa seperti hidup ni lebih bermatlamat. dah boleh fikir lebih jauh, x macam dulu, anak mak. sekarang, siapa sangka, izzati dah lebih berdikari! haa, betul, dalam banyak perkara, rasanya la hehe. cuma still ada certain things yang masih depend on husband. ok la kan. lagi? zati rasa setiap apa yang kita buat dapat pahala. tu la satu perasaan yang lain before and after married. tu la bezanya yang ketara antara kawen dan x kawen. rindu suami, tengok wajah suami, jejalan sambil pimpin tangan, masak kt suami even x sedap, semuanya la dapat pahala.. indahnya hidup kan.

And, of course la rasa hidup lebih di berkati. dan yang paling penting, kita dapat terhindar dari fitnah. nak merempit tengok wayang mid night pun tak dak hal kan? hehehe..

And yes, walau zati dijodohkan Allah untuk kawen di usia seawal ini, tak pernah sekalipun, sehingga ke hari ini terbit rasa menyesal dan sebagainya. sebaliknya, rasa syukur yang x pernah hilang dan tak terhingga atas setiap perkara. Eh jap, haa, satu lagi, kepada kengkawan kita yang x sabar nak dapat title aunty tu, harap bersabar ye. hehe.. bukan apa, kalau boleh, kita nak habiskan study ni dulu, sebab tinggal bape bulan je lagi. x lama dah. lepas bulan Jun ni, haa ok la. hiks. cuma tu la, bak kata husband kita, kalau Allah nak bagi rezeki, kami x tolak. Perancangan Allah yang terbaik, kan?

And, for those yang ada perasaan untuk kawen muda jugak, zati sangat menggalakkan. cuma, ingatlah, kawen bukan sebab nafsu semata. lepas kawen, banyak lagi tanggung jawab dan dugaannya. so, mentally and physically kena kuat. hmm..setakat tu la perkongsian kita di hari jumaat ini he.



till then, wallahualam :)


Saturday 29 March 2014

Pre Honey To Moon

Hai assalamualaikum semua!
ekceli ni bukan entri nak cerita kiteorg p honeymoon bali ke korea mana..
senang kata, tak honeymoon pun. bak kata ustaz, honeymoon biarlah setiap hari. kekeke
and ekceli kepada ekceli, it just short vacay on our weekend.

memandangkan jadual kita semester ni macam heaven sangat, which is sehari paling banyak 3 hours je, *senior student katakan* so nak plan apa2 senang sangat lah. paling best, jumaat xda kelas!
ha sama dengan incik suami kita. lagi best kan. hehe

For the first honey to moon kami kali ni, we choose Bukit Tinggi, Pahang. considering some factors la, and factor paling kuat sebab dekat je dari shah alam. dalam 2 jam dah boleh sampai. kalau xjem la. hehe

And for penginapan, for sure we choose Colmar Tropicale sebab for us this is the best choice haha.. dengan harga yang berpatutan. tapi, tapi... for those yang nak spend lebih sikit might choose the Chateau Spa and Organic Hotel. hehe.. 

And here ada gambar area2 hotel dan jugak dekat bukit sana haa.

on the way ke colmar tropicale.. akan melalui the Chateau Spa and Organic Hotel. cantik kan kan ;)

clock tower. ni dah kat dalam colmar tropicale. dia punya hotel based on French Themed Village. dengan dia punya "lagu" so boleh la nak berangan ala2 dekat french gitu hehe 


kiri kanan dia ni kedai makan. so xyah risau. menurut orang kat sini, its halal..! 

belakang kita ni kedai cenderahati. boleh la nk beli, tapi kita cuma beli patung jepun jer 2 ekor. tu pun untuk diri sendri, konon2 nak letak kat rumah sendri nanti hehe.. sbb dia punya choices xla mcm dekat pasar besar y mmg jual cenderahati tu 

yang building color oren tu la hotel. tapi hotel kami kat belakang blok ni hehe.. ya Allah, sumpah cantik sangat kat sini. untuk korang datang nak tenangkan hati atau berkepit dengan isteri/suami sesuai sangat lah.
rasa macam dalam fairytale. this place is so cantik ok! 

 syurga arnab. arnab2 yang so comel dan jinak! 
till then.


Wednesday 12 March 2014

Cerita Praktikal di Majlis Daerah Marang

Assalamualaikum. lap2 debu sikit kat blog ni. dah seminggu ke lebih dah x menyinggah. tambah2 dengan isu MH370 plak yang timbul. makan xlalu mandi xbasah jadinya. dah hari ke 5, walau xjadi dekat family sendiri tapi hubungan saudara tetap mendoakan semoga Allah memberikan jalan kepada kami yang serba daif dari segala sudut.

Okay back to point, sebenarnya cerita praktikal kita dah tamat seiring dengan bukanya semester baru. Alhamdulillah, all is well. apa pun, pengalaman praktikal walau hanya 5 minggu, (and tolak cuti wedding lagi) serba sedikit, walau banyak rasanya membuka saya ke alam pekerjaan. ha gittu.

actually, ramai yang macam pelik kenapa dan mengapa zati pilih 1st choice dekat Majlis Daerah Marang, sebab dah terang tang tang memang x ada elaun. means, korang kena la ikhlaskan hati membantu kerja2 office kat sana. tapi for me, sikit pun x menyesal, sebab yang pertama dekat rumah. sebab kedua lak zati rasa this place is the most suitable dengan course zati sekarang. boleh analysis, how the civil servants do their works kan.

Cuma nanti kalau korang nak cari tempat praktikal, pilih la private sector, in case nak dapat elaun la. tapi depends la, kalau orang yang jenis macam kita, senang. x fikir lagi pasal elaun. hehehe...

Since zati ditempatkan dekat unit penilaian harta, overall okay dan best la praktikal dekat sini. sebabbb boss kita dekat unit ni baik, and staff2 lagi super best.


last day YDP bagi hadiah dekat majlis untuk kita. hiuhiu...


 yang kiri sekali kak wan, super duber owesome. geng gosip, jangan pandang sebelah mata. kak wan la banyak ajar itu ini. baik gila! second kak wie, sama macam kak wan jugak. cuma last day boss2 xda. pergi kursus dekat Gambang. so hmm xdala gambar kenangan tu. hehe..
\
till then saja. xda nak bagi tips sangat pun. cuma kalau nak tips lebih macam mana nak bodek boss boleh email hehe... ok assalamualaikum!

Sunday 23 February 2014

I am twenty two


15 Februari 2014. alhamdulillah, Allah panjangkan umur saya sampai harini, 22 tahun. eh macam dah boleh terima kenyataan dah meningkat tua. or in fact, sejak angka 2 dah kat depan, perasaan untuk mudah terima tu meningkat seiring usia. kekeke...

anyway, siapa sangka tahun ni samput hari lahir dengan status isteri orang?? indahnya perancangan Allah, kan kan? walau suami jauh dimata, *ehem lagi 4 hari habis berpraktikal dan untuk berjauhan*, balik jugak jenguk isteri dia yang jauh di terengganu ni.. hehehe.. it is priceless. hadiah yang paling best,sambut hari lahir disamping suami tersayang ni. :D

dengan peningkatan usia, dengan pertukaran status sebagai isteri, semoga Allah memberkati setiap detik dan langkah ini untuk meneruskan kehidupan. cukupkan kami dengan rezeki yang Engkau berikan. lancarkan setiap usaha kami dan semua yang baik baiklah! hehe.. eh korang pun, jangan lupa daku dalam doamu semua! hehee


               

ni la hasil most precious weekend kami. walau singkat jer, banyak boleh selfie kekeke.. setakat ini saje uolls okay. kita pun kat office ni hehe ok bai!

Wednesday 19 February 2014

Best friends never die #wedding episod3

Assalamualaikum. hai semua! entri kali ni ditujukan khas kepada sahabat2 tersayang saya. ya Allah, tak tau macam mana nak describe rasa bersyukur dan terima kasih kat semua kengkawan sebab boleh dikatakan 80% kawan2 datang kat majlis bersejarah saya, tak kira jauh dekat, dari utara sampaila ke selatan.thanks uolls!  lg 20% pun kengkawan uni, sebab tengah praktikal. tak pe. kita pahammm hehe..

Betul, waktu2 macam ni la kita nak kawan2 kita, share the happiness with them. ok xnak bebel banyak2.. sekali lagi, all of you, i love! hehe  


 


these are my bestie! kawan2 sekolah dari sekolah rendah sampai menengah.dari kiri, anim, saya, tirah, suraya, kak farah( datang dari johor, senior kem waktu sekolah menengah). mimi, amalina, ziera, nurul


kawan2 fakulti: kiri- nani, ida, shawal, malia. thanks korang, jauh datang. hehe


ida dan shawal. walau datang dari PAKA, sempat sampai waktu saya akad nikah. pukul 10 dah sampai. cayalah korang! merangkap jugak pengapit serkap bakul waktu akad nikah hehehe


bestie, ex-roomate waktu part 1, ex-housemate waktu part2/ syirah the pretty! hehe


classmate waktu sekolah menengah, solihin dan shahir


bakal kakak ipar dari johor


yezza, they are owesome! kawan2 waktu matrikulasi dulu. ika, ita, miera, aini, che wan, hajar. eh yang kat tengah2 baju biru tu sape nama? lupa hehehe


yang dari kiri sekali, fateh, kawan waktu darjah 6 dulu. wahhh.. igt lagi kita kan. terharu! hehe.
then sebelah tu, mira dan ika. kawan waktu sekolah menengah form1-form3 dulu. 


ni sepupu saya yang owesome! thanks banyak tolong. hehe.. kiri, kak chik. kanan, adik munie

piqah si comel. kawan waktu kerja kat pasaraya lepas habis matrik. walau kenal dlm sebulan lebih jer, tapi sekali kawan, sampai mati pun tetap kawan hehe...

ni lagi best, balik dari johor, sampai2 kenduri kita petang, pukul 4 lebih dah.. anyway, thanks datang sherry! hehe.. (kawan waktu sekolah rendah a.k.a sepupu)

and... ada lagi.. kawan fakulti yang duduk teganu ramai la dtg. tapi yang datang belah rumah suami pun ada. nanti kita update lain.

okay, setakat inilah sahaja uolls semua. jumpa lagi  nanti hehe :)










Tuesday 11 February 2014

Not a Fairytale #wedding reception episod 2


RECEPTION
My dream comes true! alhamdulillah. sejak akhir2 ni asyik nak ucapkan alhamdulillah, sebab xtau macam mana berterima kasihnya saya pada Allahurob.sebab...banyak sebab sangatlah! hehe..
eh ha dah janji kan zati nk bagi tunjuk gambar wedding. sikit2 memadai la yer... *bajet2 hot je kan hehehe...

menanti ketibaann.. but the truth is, korang nanti kawen jgn ambik baju macam kita ni ha, nak buas2 xboleh, kena lagak ayu.. haishh....tapi bila cakap macam ni kat kengkawan, dorang cakap, sebab baju macam aku ni la dorang nak kawen.. haha

si pengapit. actually, kalau nak zati tunjukkan semua pengapit, fuhh x terkira. haha.. ramai sangat nak jadi pengapit. xpe2, ambik berkat korang! tapi ni adik kita ha, kinah.


 no caption lah.. hewhew


kalau perasan, adam salu ada interframe. second gambar pun dia ada. pendek kata, all the time dia ada. maklumlah, auntry ketayangan yang kawen. tapi ha, kalau tgk fully gambar pun, penuh dengan gambar dia jer haha

 actually, ni rushing sebab hari jumaat, so semua kena cepat2 terus makan beradap sebab semua rushing nk g solat jumaat. so gambar kami berdua kt pelamin sikit je..sebabnya, lepas tu langsung xda gap, kawan2 ramai sgt yang datang. ya Allah, ni sekali lagi kena syukur. alhamdulillah...

 hai hemsem! hehe.. hensem ke? pape lah, asalkan husband kita tetap hensem di hati kita. (haih susah org tengah angau ni haha) eh anyway, ni la dia incik hubby kita.. perkenalkan yer.. haha

 take a nap.. fuh, x sempat nak tarik nafas lepas kengkawan yang datang x henti2..

and lastly, thank you so much mama syg, for all these sort of things. you are my everything!

Wednesday 5 February 2014

Saya kini bergelar isteri #wedding episod 1

Tarikh: 31 Januari 2014
Tempat: Surau at-taqwa Tanjung Belor

alhamdulillah, dengan sekali lafaz, saya kini sah bergelar isteri kepada imam saya, saiful nizam y hensem tu. hehe.. kalau nak ceritakan pasal wedding, berapa entry pun x tau baru habis. so in short, saya akan update sikit2 yer..

yang pastinya, semalam ni dah start kerja, yay! haha...  malam kelmarin bertolak balik dr shah alam ke ganu, dengan bas. 5 hari bersama, dan kami terpisah. sedih kan? sobs sobs :'(  cuma kena kuatkan semangat, bersusah-susah dulu yer kita sayang

apa yang boleh saya ucapkan sekarang ni, alhamdulillah, syukur sangat2
syukur sebab semua dah selamat dengan lancar. xda apa2 masalah.

ohh nak gambar yer? hmmm banyak perintaan kengkawan nk tengok gambar.. x puas lagi ke kat rumah haritu? sampai kita nak bergambart sendiri pun x menyempat duk asyik snap gn korang haha..



alhamdulillah, saya kini isterinya. walau saya tak sesempurna siti khadijah, tapi saya akan jadi yang terbaik buat awak! ;D


awak, imam saya dunia akhirat.



doakan kebahagiaan kami yer semua! ;)


ok, nt gambar saya update lagi next entry okeyh!
tii then,
from: Puan Izzati :D

Sunday 26 January 2014

Izzati insan bertuah

Saya insan  bertuah.
terima kasih ya Allah atas segala perancangan Mu yang terbaik ni
ya, ramai bertanya " izzati kenapa boleh kawen awal"
"izzati, bestnya rezeki awal"
"izzati, untungnya dapat parents open minded"
izzati itu, izzati ini
ha, yang tanya tips pun x kurangnya...

kadang-kadang sampai aku pun terfikir, 
betapa bertuahnya aku dipilih Allah
disusunkan jalan cerita hidupku dengan cantik sekali
walaupun perancangan yang satu ini xpernah aku listkan lagi dalam calendar hidup dalam 2 tahun terdekat ni..
cuma makin masa menghampiri, makin cuak rasanya
dulu bangga sangat bila ramai kawan2 yang tnya
"izzati, asal macam xda perasaan je?"
"izzati kenapa relax je?"
 ha memangla, sebab waktu tu x sempat nk rasa cuak sebab tengah sibuk struggle final
sekarang, bosan2 dalam office praktikal, baru ada masa nak fikir. hahaha
sampaikan aku terfikir, kalau aku novelkan cerita hidup aku ni, boleh laris kot! 
haha *poyo lebih
cuma satu yang saya mintak, may Allah ease everything
sebelum, waktu dan selepas majlis.
aminnn..


Saturday 25 January 2014

I will get married.



Assalamualaikum semua. 
Counting days.
Tempat; Majlis Daerah Marang (working tapi bukan curi tulang.) *Take five hehe
Sekelip mata, habis exam rehat 2 hari terus sambung praktikal. 
Hebat kan? Haha 
Sekelip mata jugak, x sampai seminggu je lagi saya akan tukar status single. 
Bukan dekat facebook, tapi hakikat betul.
Yes, sila percaya. 
Rasa macam heroin dalam cerita novel pun ada jugak hehehe…
Tapi ni bukan cerita drama, tapi reality.
Ya. Perancangan Allah adalah yang terbaik
Untuk tulis full story dekat sini macam panjang sangat, so sape nak tahu detail bolehkah bejumpa degnan saya. Hihi
So dengan ini, saya dengan nafas alternative terakhir nak jemput semua kenalan yang ada lagi x terjemput. Kot2 adalaa boleh bagitau. Maklumlah banyak sangat hal nak setel mungkin ada terlepas pandang kan.

And lastly, doakan supaya majlis jumaat ni berjalan lancer yer. Amin…. 


Wednesday 1 January 2014

Taman Botani Bukit Cerakah bersama housemate.

Assalamualaikum semua!
semalam 1 paper down, tinggal lagi 3. hehe
dengar macam alah 3 je lg, tapi balik kg punya la lambat lg, 
sebab gap satu2 paper tu fulamakkk, 
so sebab gap y best gila ni, 
kiteorg pun main2 la apa lagi
eh bukan main2, luangkan masa sepadat mungkin bersama housemate tersayang!

So, 2 3 hari lepas, kiteorang g picnic kat bukit cerakah
eh? sana boleh picnic eh?
haha... semua boleh!




jauh perjalan luas pemandangan. peant sehh!! org g sini cycling, kita jalan kaki haha :D


tikat rm5 je nak masuk rumah salji, cuma kena beratur sebab ramai orang.
and... masuk sana 3 minit je bak hang! hihi



roughly kat dalam macam mana







till then, bai!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...