Saturday 24 May 2014

Marang mu tunggu aku datang!

 Salam alayk. Hai! Okay short post just to inform lagi lebih kurang sejam kita akan sampai marang. Yeayy!! After three month tak balik kampung okay. Three month! Fuhh hebak ahh zati hehehe.. Seminggu cuti ni weee.. UiTM kan memang kaya dengan cuti hiks..
Tapi minggu ni kita balik kg gn adik je, next week baru en hubby menyusul. Ok lah iolls sgt excited nak sampai rumah ni. Doakan kita sampai dgn selamat dan cepat! Hehehe..
 
 
selfie mepie gn adik yang kepala pening haha ;D 
 

Tuesday 6 May 2014

Kucing oh kucing.



Assalamualaikum
hai semua dah tidur? zati sedang mencari ilham dan mood untuk sambung buat assigment ni.
zati nii....cari mood sangat, asal nak cari mood kena online kan. stalk kengkawan sejam, baru jumpa mood. buat kerja setengah jam, ngantuk lak datang. cari mood hilangkan ngantuk lak. haishh alasan pelajar! haha..

Sedang termenung nak cari mood ni, tiba2 teringat al kisah siang tadi. pagi tadi lepas kelas Dato' Muhamad (tok mad), terus berlari pegi kafe. Lapar sangat walau kelas pagi tadi sejam je, 8.30-9.30. Ha tambah lapar sebab dah selesai presentation and submit assigment. so next class, 11.30. haruslah makan lelepak kt kafe dulu kan gn kengkawan. alaa, biasala kita sekarang kan dah susah nak lepak kalau lepas kelas. hehehe... *bak kata kawan kita, kehidupan selepas kawen. haha yelaa tu sangat.

Pastu nak dijadikan cerita, waktu kita makan datangla sekor kucing ni. comel! pastu dia buat muka kesian. biasanya kalau kita, takut skit nk layan sangat, kang terus naik atas riba nak mengada. haha.. eh jap, kita x takut, cuma geli hehe...

Tapi tadi, kita macam kesian, pastu kita pun bagi la ayam kt dia. 20 saaat, hilang dah ayam tu. and dia mintak lagi. tapi waktu tu kita dah x layan sebab tengah khusyuk dengar cerita si nana. TIBA-TIBA... dia lompat atas riba kita! and diluar sedar, zati jerit (sebab terkejut) dan boleh diamkan satu kafe yang tengah gamat tu! Ya Allah, malunyaaaa.. kita rasa macam dalam filem kejap, scene pause. kucingggg... ni semua awk punya pasal...!!

Okay, okay.. fuuhhhh....cool down zati. dah lap lap air mata. and nana: haa zati lain kali, kalau rasa takut kucing, jangan buat berani bagi makan. "baiklah awak hukhuk. kita x sangka dia lagi berani daripada kita. lagipun dia kesian....."





Thursday 1 May 2014

Erti Hari Pekerja kepada Pelajar Semester Akhir

Assalamualaikum semua. selamat hari pekerja dan selamat bercuti kepada yang bekerja semua. untung2, ambik cuti jumaat sekali, boleh g honeymoon dengan family kan. *ni bab cuti laju aje haha. Tapi kepada yang kena bekerja tu, xpe. chill je. gaji double kan? hehe..

Tu erti hari pekerja kepada yang sudah bekerja. erti kepada student macam zati ni? sedih. macam lebih dari hari ada kelas. tons of aasigments waiting. sighh.. presentation, assigments, thesis, practical report. oh I can die! sobs sobs.

Even esok xda kelas, tetap kena g fac jumpa supervisor! aduhai. apa pun, meh kita usaha untuk memeriahkan cuti kita hehehe.. good news, my bestie akan datang shah alam, stay rumah kita. terubat sikit, sebabnya hubby kita tengah busy. so kita x ada la reason nak kacau dia kan. oh anim, I'm waiting! even super duper busy, aku akan curi masa nak spend dengan mg! hiuhiu.

Ok, dah habis iklan. meh kita sambung buat assigment balik. bai bai awak semua. happy holiday.

*p/s dah masuk 1 rejab. lagi 2 bulan masuk ramadhan. kepada yang ada tinggal puasa ramadhan lepas, cecepat ganti kalau  x habis lagi okayh. hehehe ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...