Wednesday 5 December 2012

Mum's said.


Tengah berangin, 
bila berangin je nk update entry haha
tp ni berangin bg pihak one of my friend.
haih sakit hati tp xyah nk elaborate la apa crita my friend tu
yang penting bila dgr crita dia td, teringat kt my mum yang selalu bg pesanan
dan nasihat.
wahh dah mcm mak ain hawani dlm crita adam hawa lak, 
penuh dgn nasihat dlm setiap dialog dia haha

btw, this is my mum. hiks

sama cantik macam anak dia
ke tak? haha

Pendekkan cerita,
My mum selalu pesan this : biar orang buat kita tp jangan kita buat orang. 
actually kalo nk pahamm , 
maksud dia mendalam dan tersirat,
yet I still pegang ayat dia ni until today.

Meaning?
Biar orang buat jahat kat kita asalkan kita cuba x khianati sesape
walau dalam apa bentuk jahat sekalipun
sebab... hukum karma setiap yang kita buat, Allah akan balas balik, 
means, kalo kita buat jahat, so nanti jahat la balasan yang kita terima dan 
sebaliknya

Tapi ini bukan bermakna kita mudah di buli, 
akan tunduk dgn segala macam org buat kt kita
fikir la, guna akal Allah bagi.

cuma kita sebagai manusia biasa,
sentiasa cuba untuk ubah diri dari negatif ke positif,
tak salah kan?

senang cerita, before kita buat something, 
fikir dulu, if orang tu buat perkara yang sama
 kat kita, apa yang kita rasa?
kalau kita rasa sakit, 
means dia pun akan rasa sakit tu
dia manusia sama macam kita, bukan robot yang x ada perasaan.

setakat ini saja la. he
wallahualam. 


p/s : take 5, think of it. :)


Wednesday 28 November 2012

Perempuan pasar malam vs pasaraya


Apa perbezaan pasar malam dengan pasaraya?
kalau tanya manusia y suka main2 dlm semua perkara, 
jawpaan senang : dari segi ejaan. jawapan bodoh. 

Actually memang sangat banyak perbezaan
nak list out semua pun macam merapu lebih
cuma.. yang jelas nampak, barang pasar malam senang nak dapat compared
dgn barang pasaraya,
main reason sebab it's much more cheaper then barang pasaraya
am I right?

Anda gadis di luar sana, bila di kaitkan dengan 'perempuan pasar malam'
it doesn't because of the 'bilangan peminat' y anda ada,
doesn't because of how pretty you are,
doesn't because how famous you are,
it doesn't relate to your physical at all! 
sebab itu ciptaan Allah y Maha Sempurna
but it's because of your attitudes. 

Bukan niat hati ingin menunjukkan yang diri ini tersangat suci,
tersangat baik,bukan. 
tapi selalu saya ingatkan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik
jadi, jangan risau, kita yang perlu perbaiki diri terlebih dahulu,
then as a reward, Allah comfirm akan bg jodoh y baik jgk untuk kita.
perempuan, anda adalah hiasan dunia bg lelaki,
jangan sesekali melatakkan maruah anda di tahap y paling rendah
di tangga yang paling murah.

Tapi, jadilah anda barang pasaraya yang mahal harganya, 
yang hanya mampu dipandang oleh mereka yang tidak mampu memiliki,
dan hanya akan dimiliki oleh mereka yang layak.
anda ada harga diri, 
dan jangan gadai, barter-kan harga diri anda untuk lelaki yang belum tentu 
jodoh yang ditetapkan Allah untuk anda.

Tindakan kita menunjukkan kematangan kita sebagai seorang perempuan yang
tinggi akhlaknya,
bukan dengan motif hidup anda y berpegang kepada 
"akan melakukan perkara walau not necessary untuk org yang disayangi"
apa tu? tolong bangun wahai saudari,
tak perlu anda bersusah untuk lelaki yang belum tentu cukup menyayangi anda
sepenuhnya, yang belum tentu jodoh anda setepatnya. 

biarlah kita menjadi perempuan yang 
...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah... 
tapi cukup untuk dibanggakan oleh insan sekeliling kita. 




p/s ; maaf dipinta andai bahasa bahasa mengguris hati.
niat hati tidak laiin hanya ingin saling mengingati. 
wallahualam. 





Saturday 24 November 2012

Coffee Day!

Alhamdulillah, 
exhibition under Social Marketing berjalan dengan lancar
dah lega sesangat.
at least usaha kiteorg selama ni berbaloi la jugak.

'COFFEE'
ni yang my group decided nk buat pasal event ni
actually keputusan untuk buat event pasai coffee agak 
mencabar.
why? sebab risiko dia most people know y coffee ni mcm 
byk keburukan tanpa tau kelebihan dia.

so kteorg ambik isu tu sebagai cabran, and move on dgn keputusan ni.
and as a  result, sangat gempak.
booth kteorg dpt sambutan yang sgt memuaskan. mcm tak percaya!haha
tema xda perniagaan, I mean kteorg provide coffee FOC
and semua mcm addicted dgn coffee kami.hiks

this is our booth. booth 13!
proved! we got a great feedback dr semua y dtg ke booth kami. 

team pembancuh air,  memang terbaik! hiks



salah sorang dr kami y x ambik SOMA tp still dtg bg support, 
antara aktiviti kt booth kami.

ni aktiviti kemuncak. sgt fun, hampir semua booth hntar wakil  untuk  pertandingan  coffee tarik.
mcm2 aksi ada. and lecturer kteorg pun join tau.
setakat ni saje report untuk exhibition kami.
btw, thanks sesangat kt semua y memberi kerjasama dan y sudi lawat ke booth kami. :)





Sunday 11 November 2012

who is your POKOK?

apa yang pokok?
siapa pokok?
kenapa pokok?
it had been an issue for these days,
and I have to expain, what is pokok actually.






the story begin.. jeng jeng jeng....
pada zaman dahulu kala, (hehe)
seorang pembesar secara tak sengaja dapat tau 
bhwa raja dia sebenarnya seorang y zalim.
banyak perkara y dia terpaksa diamkan diri tengok raja dia buat 
jahat, sebab prinsip rakyat perlu taatkan raja.

tapi, lama kelamaan, pembesar tu mcm dah x sanggup simpan rahsia
and sebab tu, dia lari masuk hutan.
lari punya lari, dia berhenti depan pokok y besar.
dan dia rasa kt pokok je dia bole cerita
sebab pokok x boleh bercakap.
so snagat mustahil y raja akan tau kalau 
pembesar tu dah bocorkan rahsia dia.

and after a very long time, 
ahli istana masuk hutan untuk cari pokok
 yang sesuai untuk dijadikan gong.
dan mereka jumpa pokok y sama dgn pokok pembesar tu.
bila gong tu dah siap, dan di ketuk, bunyi gong tu sangat la sumbang.

PENGAJARAN : bak kata sumber orang y crita kt saya ni, 
bunyi dia sumbang sebab gong tu pun x tahan simpan rahsia 
and dia bunyi sumbang tu sebab dia pun nk cerita rahsia tu kt org
lain, cuma pendengar tu je x faham

so, my pokok here is you!
a good listener, 
selalu sudi dengar semua masalah saya tak kira waktu dan ketika
yang akan bg nasihat bila perlu, 
atau hanya mendengar bila itu lebih baik, sometimes
dan most importantly, bila cerita kita melibatkan pihak lain,
tak akan bocorkan pada  mereka.

I dah tak cari pokok tu sebab dah jumpa u. 
hehe..






Friday 9 November 2012

Special dates.


7 eleven.
special dates? 
yup, one of the most special dates for me,
sebab... hari ni adalah hari lahir dua hamba Allah,
 antara makhluk y saya sayang atas muka Bumi ni. 
Mr Saiful Nizam and Miss Nana.

for you Mr Saiful:
selamat ulang tahun, tak nak ulang balik ucapan 
y sama..hehe..
just would like to thank you for everything that you had done for me,
everything that we had go through
and hopefully I will always by your side for your next
and next birthday and be the first one wish you 'shengri kuai le'.hehe...

for Miss Nana, one of my buddies :
selamat ulang tahun ke 20,
semoga anda akan lebih mutured lpas ni..hehe
most importantly, hope our friendship will last forever!

even entri ni di update lmbt to wish your birthday, tp 
y penting kita dah celebrate birthday korang on time kan?
hehe..
love u olls. :)



Sunday 4 November 2012

Welcome back to Shah Alam.

finally, 
mid term break was end.
rasa macam baru semalam blk terengganu, 
tp sekarang dah ada kt shah alam blk.

mission to fulfill my midterm break with 
a well prepared for test- separuh terlaksana. haha
at least cuti kali ni ada pengisian.
bagus. ada perubahan. 

dan... starting from this week, 
will be full with test y menanti. 
kepada awak y akn sit for final exam y tak sampai sebulan dah ni, 
good luck! 

Tuesday 23 October 2012

Double belated.

hai, 1.42 a.m, dah boleh guna good morning kan?
zaoshang hao. (speaking mandarin skit) hihi

ok. tak nak melalut, just would like to wish
happy double belated birthday to one of my besfren, alin.
why use double belated? 
sebab kita terlanjur terlambat tersangat celebrate.
tp xda la lewat sgt, just 11 hari je.
tp kira lmbt la jgk kan..haha.. :D


 a very big card. :)

dr kiri : alin (bufday girl), mirah, nana, me and shai

friends last forever. :)

to alin, happy besday, ucapan pnjg dah bg kt dlm big card
tu..so xyah nk ulang blk kt sini. hehe.. 
y pnting, I lap u. :D

wallahualam. 


Monday 22 October 2012

I miss U!





Actually sebab macam dah lama tak buka entry,
bila nak buka entry baru,
tangan rasa kaku,
jari rasa awkward nk menaip.

so apa2 cerita baru akan di kongsi pada entry
akan datang!


wallahualam. :)

Friday 19 October 2012

Half mid-term

assalamualaikum.
hai, good morning!
waahhhh..pagi yang indah dapat dinikmati lagi. 
alhamdulillah.. :)


motif gambar ? advertisement. ^^


 ok, dah lama tak hupdate mengarut mengabai dah.
in short, mid-term dah half y selesai
and will be continue after cuti raya ni.
overall, everything is ok, hopefully this could be better then past.

macam dah struggle buat y terbaik,
tapi tak tau result macam mana.
y pasti, I wish this sem is much more better!


dan dalam tak sedar, 
even sebenarnya tak busy sgt pun,
macam dah lukakan hati sahabat ni.
but the truth is, I never forget that I have such a perfect friend like u!
hehe.. sebenarnya midterm bukan alasan.

dah, xda modal nak mengarut byk pun pepagi hari ni.
ok bai. :)

Friday 28 September 2012

sahabat pena

salam awak semua.!
ni nak tanya, u olls pernah dengar tak ungkapan 'sahabat pena'?
ok, kepada sesape yang tak pernah dengar dan tahu menahu tu, 
meh saya habaq mai.

kalau korang ingat, dulu time kita sekolah 
rendah selalu langgan majalah hape dah lupa nama
dgn cikgu sekolah, and ada satu page kat dalam majalah tu 
yang bertajuk "mari berkenalan" ke ap tp lebih kurang la..
kat page tu dia ada letak gambar rakan y sebaya sekali gn nama, alamat 
dan serba sedikit pasal diri diorg 

dan...biasanya org just baca kan, 
tp kita bukan setakat baca, 
kita pick sape y kita berkenan, then tulis surat hanta kat dia.
tambah2 lagi time darjah 5,6 baru pandai buat karangan kannzzz...
and ada seorang hamba Allah ni y approve surat kita.
then kiteorg sempat la berbalas surat 3,4 kali
bila ingat rasa mcm lucu sgt pun ada jgk =.=

and kita still contact even dah sekolah menengah sampai la sekarang.
bila ingt rasa mcm tak caya lak kan?
setelah hampir 7 tahun bersahabat tanpa jumpa face to face
mlm ni kita jumpa!
wow..dia ada datang shah alam. yeayy!

her- siti zue


and.... she gave this to me :)
(jgn salah faham, siti bg selendang. bear besar comel a.k.a shaza tu 
cik abg hensem kita y bg tau tau tau.. )


Friday 21 September 2012

petua supaya tak lupa : amalan

its happen last night,
sebelum tidur, macam biasa flash back macam2 benda
then tetiba teringat satu aktiviti yang dah jadi amalan time 
kat matrik dulu :: baca satu surah tu sebelum tidur
tapi macam blurr surah apa.

just macam ni, 
sorang wakil dari ahli surau akan jd leader, baca surah ni then 
pembesar suara akan dipasang dekat semua blok 
then kita kt bilik akan buka quran, baca.
and, day to day, dia dah jadi macam surah al-fatihah
yang memang kita kena baca dalam solat,
just sebab everyday kita akan baca,
usually dia start pukul 10.30, then senang kita nk get ready

 mungkin sebab YDP kita kat matrik dulu 'bakal imam muda' kot, 
then dia buat menda ni.
menurut dia, surah ni kalau kita amalkan sebelum tidur, insyaAllah 
akan terhindar dari seksaan kubur.
takut mati tak? for sure la kan..
banyak lagi fadhilat dia, nak tau lanjut, search sendiri :)
so tak salah amalkan, even surah dia agak pnjg, dalam 8 page al-quran (kalau tak silap)
tapi kalau dah amalkan setiap malam, tak sampai 6minit pun. :)

ok, then sebelum tidur semalam actually tak dpt ingat lg surah apa, tengahari td
baru Allah bg balik ingatan ni, ingat.
iaitu SURAH AL-MULK
so dah ingat balik ni, kena amalkan balik la,
dah tinggalkan amalan y baik ni hampir setahun.haihsshh..

ok,pengajaran cerita : untuk elakkan anda daripada lupa sesuatu perkara,
jadikan ianya sebagai satu amalan dlm kehidupan, 
mustahil boleh lupa kan? ececeh..
 
setakat itu sahaja perkongsian entri ini.
wallahualam :)



number one for me




alhamdulillah, syukur ya Allah..
ditakdirkan untuk dipertemukan dgn insan macam dia,
aku dah cukup bersyukur.
sentiasa ada untuk berkongsi cerita happy,
sentiasa ada untuk dengar seribu satu masalah,
sentiasa cari jalan untuk menceriakan keadaan,
sentiasa ada untuk membahagiakan,
sentiasa berusaha untuk 'membaiki diri', even for me you are perfect enough. 
thus, Im really appreciate it. :)


Wednesday 19 September 2012

its the journey.



pejam celik, pejam tak sempat nak celik balik,
dah masuk week two - based on lesson plan la..
macam tak percaya pun ada. kejap sgt,
rasa macam baru siap kemas rumah baru ni,
letih pun tak hilang lagi.. :)

supposely awal sem tak patut timbul soal migrain atau sakit kepala
sebab assigment hape pun tak start nak panas enjin lagi.
tapi tak tau la kenapa sem ni macam lari dr lumrah lak.
problems come one by one..
it is not my intention untuk salahkan sape2 atau apa2,
tapi macam agak sedih dgn sistem pentadbiran fakulti.

tak perlu nak panjangkan cerita sgt,
sebab nanti kalau bg komen byk2 akn timbul isu macam2,
just harap masalah ni akan cepat selesai agar kita semua
dapat attend kelas, dan go through flow yang sepatutnya.

dan supaya Allah permudahkan segala kesulitan yang saya
hadapi dengan suasana, kehidupan dan persekitran di rumah baru ini.
amin.. :)



Monday 10 September 2012

wow, semua BARU.!

alhamdulillah,
hari ini, kelas untuk sem3 dah mula (cuma lecturer x masuk la)
apa yang baru?
ok, 1st skali as mention last 2 month yang hamba akn berpindah
rumah lain untuk sem akn dtg, 
so sem ni dah tukar rumah la, and so far everything seems good.
housemate baru, environment baru, and hopefully kiteorg akn dpt survive di sini dgn baik.
yang penting, rumah ni better compared dgn rumah lama, 
maybe sebab just 6 org kt rumah ni, so mcm lagi selesa, 
even mcm rindu jgk dengan housemate lama. :'(

tak lupa kepada anda yang tersayang sebab sudi tolong angkut barang2 saya satu "lori" 
tu naik rumah yang kt tingkat 4 ni, TANPA LIFT tu..hihi

yang lg penting, sem ni mcm dah semai satu AZAM BARU, 
dan semoga tak lupa nk siram azam tu hari2 supaya
hidup segar macam cactus saya tu. :)
sebab rasanya selama ni tak pernah betul sampai ke akhir nyawa.haha

insyallah, dgn adanya mak ayah saya, 
awak si hensem dan kawan2 y selalu igtkan saya, 
sem ni adalah sem baru y sebaru-barunya.amin..

kepada semua kawan2 saya y jugak, all the best untuk sem kali ni. :)


Tuesday 28 August 2012

happy birthday 'princes'

sape princes? tetiba..haha

ok. ni adik princes, amira. comel giler kentang kan? :p

dan, ni baru princes a.k.a birthday girl hari ni.

dah genap umur dia 4 tahun.
her nickname; echa. antara anak sedara I yang agak errrr (sampai xtau nk describe macam mna)
tp tgk lam gmbar tu cam baik je kan?
behave kejap jer tu just sebab nk sambut birthday dia,dan dah dpt hadiah. 
(muka excited)
kalau tak, suka merajuk kalau x dpt ap dia nak,
suka mengamuk, 
suka kacau orang,
dan semua y akan menyebabkan anda semua geram kt dia, dia akan 'suka'
haha..

btw, happy birhtday echa!

Monday 9 July 2012

SAINS DARJAH 6.??

still ingat lagi tak apa yang korang belajar subjek sains time darjah 6 dulu-dulu?
haa...tak kan?
ok. one of the sub topic yang ada kt dalam silibus dia ialah
"KEPERLUAN ASAS UNTUK MANUSIA DAN TUMBUHAN"

list out jap apa antara keperluan asas hidupan tu?
untuk manusia dan haiwan : makanan, air, udara (oksigen) dan tempat berlindung.

ok.motif?
apa yang saya cuba sampaikan kt sini ialah kepentingan air kepada kita.
last week, kita ada pegi libary satu U ni, study..
then, dah nk sampai petang dah kot, means dah hampir sehari kita stay kt situ, 
tiba-tiba.... datang seorang lelaki (haha) dan tegur
ehem.. "dik, air tak boleh bawak masuk dalam ni dik"
errr...air memang tak boleh bawak masuk library ke?
bukan air milo ke ape pun.air kosong ok. plenty water.

tak caya? jap3...

ha..memang komfem kan bukan air milo? haishh...

just x faham jer kejap, nape tak boleh bawak masuk air eh?
memang la in libary 'no food and drink allowed'
air penting kot, kalau jenis yang stay lama2, 
bukan ke jadi ke satu kekangan pulak?

kalau dekat library U kita pun guna rules yang sama rasanya,
ulang balik, 'no food and drink allowed'
tapi kalau tgk yang bawak air mineral tu x jadi ke masalah pun.

tadi kita stay kt libary U kita, bawak air + biskut + kit kat,
ok jer..( tapi nampak la mcam melebih pulak kan?) hihi..
btw, just nak ketengahkan persoalan kenapa air mineral tak di benarkan?
haihh...

btw, before ended this entry, kita nk 'pamer' model library jap..

contoh best student..ngeee....hehe





Sunday 8 July 2012

DOES IT MEAN?

FAITHFUL :
sejak semalam faithful kita kt buku dh fragile jap.kehkeh.
sebab? dah pandai sangat?
tak jugak.. just sebab gap 3 hari, rasa macam gap 3 minggu since paper sebelum ni ad gap sehari jer.he

tapi, FAITHFUL kita kat awak x pernah fragile pun tau...
dikurniakan seorang hamba Allah seperti awak dh cukup sempurna untuk seorang yang tak sempurna macam saya.. (rendah diri tak? ngeee...)
just tanamkan perasaan percaya antara satu lain, then everything will be ok.

sayang? tak akan menjamin pun apa-apa kalau tak percaya 
percaya? tak akan menjamin apa-apa kalau di bajai rasa cinta dan sayang
kalau tengok bunga, selalu jer nampak cantik, jarang ada bunga yang tak cantik kan?
tapi mesti selalu jer nampak bunga yang layu, nak mati kan?
sebab..bunga pun memerlukan belaian, di bajai, di siram untuk terus mekar.
bunga macam kita, kita pun macam bunga, so apply la kt korang yer.. :)

just bertahan untuk 2 tahun je 
dalam masa ni, anggap sebagai peluang yang diberikan Allah untuk kita mempersiapkan diri,
untuk menjadi Imam kepada seorang Makmum bukan menda senang, 
kalau nilai dari luaran, hanya perkara yang bahagia kita nampak,
 tapi kalau tengok di sebalik bahagia tu, seribu satu tanggung jwab yang bakal kita pikul...

bila saya decide untuk memilih diri awak, means saya jugak dah decide siapa akan Imamkan solat saya, 
saya dah berikan kepercayaan saya kt awak, 
untuk membimbing saya, jaga saya, temani saya..
and my intention is just wanted you to know this,
Muhammad Saiful Nizam.

semoga Allah menberkati hubungan kita.
wallahualam...(:






Saturday 7 July 2012

two more to go

alhamdulillah...
baru rasa cam ada kelapangan nk sentuh lappy yang sejak sekian lama dipandang sepi.
kesian kat lappy comel kita x dapat belaian kasih sayang y sekucupnya, lately..wakaka

buka fb dh habis musim kengkawan duk update pasal exam final, 
buka blog lak, semua dh update psal blk kg,
untungla bangsa melayu, rakyat UiTM, final lambat dr u lain eh?
pape pun.....
JUST TWO MORE TO GO, 
and akan dapat balik nikmat lapang tu,haha

btw,td dah habis paper LAW, alhamdulillah, 
better dr paper2 y sebelum ni...
semoga 4.00 untuk LAW aku nmpak kt slip result nt,
amin amin amin....

bukan nk beraya sakan sangat nk raikan dh habis paper2 y mengcekam jiwa, 
just rasa cam boleh bernafas skit, 
so td kita pegi serang BIG APPLE..

tadaaaa.....haha

6 tak cukup eh? tambah lagi 6? hai.. 


ok.masa untuk berfoya-foya pd malam ini..bai :)

Wednesday 4 July 2012

housemate BAIDURI..!

Kejadian kes : melibatkan semua housemate tersayang

exam semalam habis pukul 5.15 ptg, 
sampai2 rumah dengan kepala pening2 lalat sebab dah berpenat lelah perah otak jawab soalan Principle Management td, tp tiba2 hilang bila masuk je rumah tgk housemate kita tgh masak.
pelik ke housemate masak?
tak la pelik, tp terlebih terharu sebab diorang tgh masak spageti...

waaa...actually, kita just cakap cam terasa nk makan spageti 2 hari lepas, 
tp diorang masak kot.waa...sweet la korang.sayanggg lebih..
hehe..

waaa...nampak tak best tu?


nampak lagi terang kan?bessttt sangat tau....hihi..


dan tengah2 makan tu, sembang punya sembang bole plak keluar idea nk keluar shopping, 
bole plak last mnit kot.bersiap tak sampai 15mnit,caya tak?haha
dan...inilah hasilnya.tadaa...

at Setia City Mall, sampai dalam masa 25mnit jer kot.



ni muka bukan happy shopping, tp (hehe) sbb x sempat nk shopping
kedai2 ttup pukul 10 kot.haiyyo...








inilah sahaja entri saya tentang housemate tersayang.(hihi)
walaupun next sem maybe dh tak stay dekat "Pangsapuri Baiduri" terbaik punya ni,
tp korang tetap housemate yang terbaik tau..hehe..:)


Tuesday 26 June 2012

EXTEND KE STUDY MONTH ???

one day more!
tiba-tiba Uitm umumkan bahawa stdy day y berapa hari jer tu untuk 
preparation final dilanjutkan kepada stdy month.

hey, sebulan!
giler, kalo x bole 4.00 mmg ko ni lembab tahap baboon la kan..
tp kan, kann best kalo betol dilanjutkan.
at least tmbah lagi semnggu ke?
please..?? :(

haha..sekarang baru rasa cam x cukup tangan nk capai buku mana, 
x cukup mata nk baca y mana,
 x cukup masa nk cover semua. 
kalo boleh semua nk tambah la bg ckup..haih..
masalah masalah masalah...

so, cam baru diberikan suntikan nk PUSH,
 semalam stay kt PTAR 1, stdy la konon..he

hehe..nmpak cam dh habis stdy, tp hmmm... :(

errr...sorry, sajer je nk tunjuk muka kita waktu 2.30 pagi kt PTAR

k la, just take 5 sementara nk...hehe
doakan saya untuk final ini, y start khamis ni,
semoga segalanya dipermudahkan..amin,....

wallahualam.

Wednesday 20 June 2012

tak suka ubat eh?

nape tiba3 boleh klua pasal ubat?
nape x suka ubat?
sebab...ubat tu pahit.x suka x suka dan x suka...
especially kalo ubat tu jenis liquid.
haih..

tapi sekarang bukan nk cakap pasal ubat,
then pasal apa?
ni,pernah dengar tak yang orang cakap kebenaran tu pahit, betul kan?
sakit, untuk di telan..

tapi, yang pahit, yang sakit adalah lebih baik ditelan jika ianya membawa kepada kebaikan,
 daripada kita ambik yang manis, yang sedap tapi menda alah tu akan membawa kepada kemudaratan..

nape pada petang yang indah lagi permai ni tiba3 boleh timbul pasal isu pahit dan manis?
sebab...just something came out., seeking for the explanation.

awak, setiap apa yang kita harapkan tak selalu akan menepati dengan perancangan kita,
diam-diam bukan sebab tunggu ubi tu membesar, 
it just waiting for the right time for me to let you know,
the time where you really could accept me as your friend, 
bukan kawan dengan harapan dapat lebih dari kawan, mcm dulu.

It is not that I hate you, 
It is not that I can't accept you, 
It is just pasal hukum karma, 
yang saya sendiri dah belajar untuk terima.

I'm just hoping yang awak boleh terima, 
saya xnak awak terluka, mcm apa yang saya rasa dulu,
and that was the reason why isu waiting for the right time klua.
banyak hati yang saya kena jaga, 
and sekarang saya dah terima yang mungkin dia jodoh saya.

awak tau kan, saya bukan jenis suka mainkan hati manusia,
and hopefully, tak kan ada istilah permusuhan, dendam antara kita.

wallahualam.


Wednesday 13 June 2012

TRUE or FALSE?


ap tu?
tiba-tiba je..haih...
actually, NESCAFE..mmg favorite aku, 
tapi lately aku cam makin-makin suka dia sebab...
it helps me a lot..
makin hampir dengan final exam, makin malas + menjadi-jadi ngantuk +++ semua alasan yang boleh dijadikan untuk mengelakkan daripada buat revision..masalah3..

memang,y org tau, kafein tak elok untuk badan...
tapi betol ke?
ad jgk betolnya,tp kebaikannya, tau x?

antaranya:: 
1) dapat membantu saya  stay up time malam..(stay up stdy ke? hihi)
2) dapat merangsang otak untuk berfikir dengan lebih cepat, lebih fokus
3) dapat meningkatkan kemampuan untuk mengingat sebab dalam kandungan kafein tu ada something (nak tau google sendiri) yang boleh merangsang sistem saraf 
4) errr...tu yang y aku tau sebab tu je yang penting untuk aku ambik input.

pape pun,everything yang kita ambik 'secara berlebihan' akan bg kemudaratan..
sama jelaa jgk dengan nescafe, kalo ambik dengan kadar yang sepatutnya, akan dapat kelebihan dia tu, dan kalau ambik dengan kadar yang berlebihan, akan memudaratkan..

so...ap yang baik, ambik..yang buruk, tinggalkan.

wallahualam...

Sunday 10 June 2012

are you ready?

sekadar gambar hiasan.


"perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah..
tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana LEKAKI 
menyenuh dirinya, walaupun hatinya...
kerana...Allah teramat mencintainya...
tetapi, andai kita bergelumang dengan cinta LELAKI, dimanakah Allah untuk menjaga kita???
Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita."

"Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang LELAKI, 
bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijaganya...
mengapa masih ad perasan ragu-ragu???

"kekuatan usah di tunggu, tetapi...harus di cari.
hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan"





"sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya."-Imam Ghazali

final exam???

hari ni brape hari bulan?
10 eh?
errr....biar betol..
jap3,check::


eh3..exam start 28hb la..haih..bape hari je lagi kan?
mak aii..terus motivate.haha
wish me all the best for my final...amin.. :)

Friday 8 June 2012

LELAKI !

kalau awak tanya kita, sape makhluk Allah yang paling kita sayanggg kt atas muka bumi ni,
mesti on da spot kita jawab mak ayah..
tak fikir ap dah sebab memang tu je jawapan yang ada.

for sure la korang semua pun mcam tu kan?
actually entry kali ni nk cakap pasal LELAKI..
wah..cam errr je kan..haha
setelah sekian lama x meng-update entry,rsa cam janggal lak tangan nk menari atas keyboard ni..haish..

just something happen baru2 ni menyebabkan aku terfikir,
actually kalau seorang lelaki tu serius dengan kita,
bila dia dah decide untuk memilih dan menerima kita sebagai penyeri hidup dia,
means at the same time dia jugak dah decide untuk terima everything yang berkaitan dengan hidup kita..
mak ayah kita, family, kawan-kawan, and semua la yang tak terlist disini.
faham kan?

so, for sure la kalau dah nampak dia tu betol serius dengan korang, 
at least mesti dia akan call mak korang, just bagitau yang dia tengah kawan dengan korang buat sama sekarang..
tak salah kan? 
kalau boleh jumpa, bagus jgk.. bukan ap, kalau still study lagi pun, just kenal dengan family dia.tu baru nampak cam lelaki kan? 
at least, korang tau yang dia memang tak niat nk main3 ke ap..

tapi kalau dapat lelaki jenis pemalu macam mana?
haishh..lelaki, come on la..xkan la depan awek pun nk malu kan?
hmm..kalau boleh, biar la bertempat.. sometimes berubah ke arah yang lebih baik ok jgk kan?
nanti xkan nk bagi orang kutuk depan awek dia lak kan?

kalau boleh kawal xpa,ni sampai kawin pun memang mcam tu la dia..
haih..masalah.pemalu,kalah pompuan tu.. so, control la skit.
and pompuan tu lak, dh kalau dh jodoh dapat lelaki pemalu mcm ni, kena la terima..
maybe awak tu banyak mulut kot, cakap banyak, sebab tu di kurniakan pasangan yang mcm tu..
baru saling melengkapi kan?

pape pun, yang baik kekalkan, dan yang kurang boleh diperbaiki..
barulah dapat kekalkan hubungan korang.
yang penting, utamakan family,okey? :)

wallahualam...



Tuesday 15 May 2012

i miss dat moment..

terbaca status kawan kita kt fb,
"perkara paling jauh dengan kita adalah masa silam"
yup,sangat betol!

tiba3 teringat kt zaman kita time kt sekolah dulu..
rasa macam nak nanges lak, sebab....
tiba3 rasa cam rinduu sangat nk jd budak sekolah balik,
(tiba-tiba jer sebab assigment betimbum..kui3..)

the best moment adalah time form 4, form 5...
my setia geng :
anim, tie, mie, rah, adek mimi, yaa, kak pah, haishh....
lenguh taip nama ea,ramai lagi la..
hihi

introduce jap, 
farah-mimi-ezan-tirah 

mimi-farah-kirin-yaa-tirah 

 ni x sempat tunggu balik dulu,kt sekolah pun bole,makan colek lam kelas..kui3


haisshh..fendi,suka buat pelik..buat ap tuhh? 

farah-ramadhan-bu_g- tie-mie

 ramadhan gn bu-g..


since aku ni bdk luar a.k.a x stay hostel,
so bangun kul 3.40 pg every morning!
buat ap?haha..hanya Tuhan saje y tahu..
kalo sekarang ni, nk bangun kul 6 tu pun bukan main liat lg..

then, panas motor,haha..(minah rempit kot)
sambil2 tu msg ehem.."awk,nk turun dh ke?jum..."
tengah jalan, beli nasi lemak kt kedai tok mimi,
huish..best giler nasi lemak tu..rm2 jer,tp byk giler..
bwk punya la byk sebab geng kita kt asrma..cam g jual lak..haha

sampai kt sekolah, memandangkan g awl sgt, lam kul 7 da kt sekolah, 
lepak kt parking motor lam 20minit..
untung2 sampai sama-sama gn kawan kita..
then, naik dan2 nk asmbly harian dh..

tp kalo lewat, geng2 kita mesti tunggu kt kelas, turun asmbly sama-sama
kt asmbly, akn dimulakan dengan zikir munajat...
means, dulu hari-hari akan zikir la...
tp sekarang, seminggu sekali pun kira ok..

time rehat, kita geng 4 orang-tirah,mimi,frah(anim x suka makan kt kantin)
akan keluar lam 10 minit awal, alasan- cg,nk g tandas..
so sampai kt kantin,tade orang, line clear.
senang nk order air..
mak cek,air horlick se!

x main la air lam tong y 50sen sati gelas tu..
haha..tirah bos
disebabkan aku makan lambat, geng2 aku kena la tunggu
buka la kedai kopi secara x sengaja,
sembang2 sambil untuk tunggu aku siap makan, sampai la kantin jd cam mula2 kita sampai td,
kosong.! tade org dh

then, jalan3 nk masuk kelas, tp singgah sebentar coop
haha..aiskrim sekali, sekali gn bekal ntk makan lam kelas t
kacang n so onn....

klua rehat paling awal, masuk paling lambat..haha
kelas lepas rehat tu mmg main2 da..
pali, duk depan aku, salu kena sepak kerusi..
sape suruh concentrate sangat?
zul pun salu tension gn geng kteorg, x sure lak sbb ap..
bila time sbjek sejarah, paling anti,
bekal kacang byk mana pun,ttp x berkesan..
tp mcm mana anim bole scor 98% ntk sejarah eh?
kita mmg tabik awk la bab sejarah!




ni kat mana?lam bilik kaunseling?geng melawa::buat ap kt sini?ponteng eh?
mana ada..tolong cg..haha

sebelum balik, discuss dulu, 
ehem,petang ni jadi x?
jum pusing kot mana lak ni?
part ni pun tirah bos, sebab dia tau byk jalan kt kg..
haha..ap lagi, habiskan minyak motor,g round3 mana tah..
(nk tergelak lak tiba3...)

sekali,  ptg tu tirah n mimi sampai umah aku, 
masuk bilik tgk aku ngah terlentang tido..
oppss..sori geng, salu jer buat gimik, rosakkan kelanjaran program..kui3..

untung3, masuk kt klinik, duk bawah meja batu, makan colek pelam..
hiush..best! tambah gn betik!
ambk gambar skali, tpn mimi gn tirah menang sebab ad slide gtu..
abes canggih dh or..haha


perasan x,anim xda..?dia tu xsuka ambk gmbar ke ap eh?
lupa lak..haha

sekarang ni, mana main dh mnda3 gtu..nk klua g bndr pun, kalo xda kreta, jgn harap smpai..
haishhh...banyak kot perbezaan...

I miss u my dear fren..muahh.. :)
tata...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...