Assalamualaikum.
Maaf jika bahasa yang digunakan tidak berperasaan.
Sebabnya, fikiran kacau bilau.
Cuma boleh bertenang sikit lepas dengar mukadimmah mak tadi.
Yes, Cuma mak yang boleh tenangkan zati!
Sungguh, tak pernah terlintas di fikiran sihat zati kalau
jodoh zati sampai awal
Berniat tu apatah lagi.
Tapi, bila keadaan dah jadi macam ni, mak ayah dah guna
kuasa veto
Dan disokong ahli-ahli parlimen lain, adik beradik ramai,
makin kuat la sokongan.
Yes, memang sekarang ramai kawin muda, tapi zati tak sedia
lagi!
Dah rasa macam dalam cerita novel pun ada.
Apapun, kena berfikiran positif.
Zati yakin, PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK.
Semoga Allah permudahkan segala urusan,
Kuatkan mental, tabahkan hati.
Jumpa lain masa ye semua.
Wallahualam.