Monday 23 December 2013

Bertunang lagi..??

assalamualaikum semua..
hai pekabor..
berita gempar! bertunang lagi ni!!
jeng jeng jeng....
lama menyepi tiba2 keluar dgn berita hot sensasi kan?
*bajet macam retis je kehkeh
.................................
tapi bukan kita la hehe
congratulation to my only beloved dalam2 dan ketat2, abang mie,
dah selamat bertunang  lebih kurang minggu lepas, 14/12/13.
cuma lambat update, busy kate kannn...

anyway, ramai tanya kenapa abang lepas adik?
hehehe.. jawapannya, complicated kan? 
kehkeh.. nak buat macam mana, soal jodoh sape y punya kuasa?
betui dok? 
nak cakap banyak ah.. 
mesti nak tgk bakal kakak kita kan? hehe.. 
dipersilakan. :)

anyway, my baakl kakak ipar is izzati yaw! hehe

gambar penyibuk itu harus.  eh wajib lah! adik2 aku semua masuk tema pink,
kakak je larik tema. y penting cun, ye idok? kihkih

last posing. ok bai!

Saturday 19 October 2013

Title tunangan orang

Assalamualaikum semua,
kata orang, good news has to be spread!
so ambik pendekatan ini,
12 oct. 2013 saya dah selamat menjadi tunangan orang.

just announce, and thanks kat semua yang mendoakan dari jauh, 
dari dekat, dan jugak yang datang meraikan.


alhamdulillah, so I am officially "cop-ed" hehe ;D

eh eh eh ni bukan tunang kita la.. ni adik sepupu kita, tapi tetiba lak baju tersama. hehe

ha then ni baru cik abang tunang aka bakal suami kita, insyaAllah.. :)

and thanks to all my bff yang datangss.. walau ada lagi tertinggal xdpt datang,
contoh? hanim, tirah, and bff shah alam ni. 

so tu jela pengumuman singkat malam ni. 
doakan supaya perjalanan urusan kita selepas ni dipermudahkan okay! 
wallahualam. :)




Thursday 3 October 2013

Hidayah Allah satu anugerah



















Assalamualaikum semua,

Teringat pesan seorang sahabat,
"apabila terdetik dihati kita untuk berubah ke arah kebaikan,
itu tandanya Allah turunkan hidayah kepada kita."
jangan tangguh, sebab tak semua orang dipilih Allah untuk diberikan hidayahNya.
hanya hamba-hamba yang terpilih,
sebab itu kita kena mohon supaya Allah sentiasa memberikan hidayah dan rahmatnya sepanjang masa.

Hidayah Allah itu satu aanugerah,
bila Allah detikkan hati kita untuk berubah, terus buat,
sebab mungkin bila kita abaikan, peluang kedua x datang lagi.

Subhanallah, betapa bertuahnya orang-orang yang dipilih Allah kan?
sebab tu kita kena berubah untuk menjadi lebih baik, kerana Allah,
bukan kerana manusia. bukan kerana apa-apa,
baiki niat, tetapkan hati,
supaya Allah teguhkan hati kita untuk istaqamah dalam penghijrahan.

Wallahualam. :)



Wednesday 2 October 2013

Hati yang keras



Tak semua orang macam kita.
Tak semua orang akan fikir cara kita berfikir
Tak semua orang lembut hati macam kita
Tak semua orang akan resah gelisah bila tak memaafkan orang lain
Tak semua orang boleh hidup bila berdendam dengan orang lain
Tak semua orang akan abaikan perkara remeh untuk orang yang disayangi
Tak semua orang akan saying sahabat, macam mana kita sayang sahabat kita
Tak semua orang akan berkorban apa sahaja demi seorang insane yang bernama sahabat
Tak semua orang boleh terima diri kita seadanya, seperti mana kita boleh menerima mereka seadanya.
Sebab… dunia ini penuh dengan pelbagai jenis manusia,
Sebab itu dunia ini penuh dengan warna warni.

Tapi sayang…,
 Jangan terlalu megah dengan diri sendiri,
Jangan terlalu angkuh beranggapan kita sentiasa diatas.
Jangan terlalu ego bahawa kita akan sentiasa dikelilingi insan2 yang tak seperti kita.
Ingatlah, Allah itu terlalu kaya, dan manusia itu terlalu lemah.
Sedangkan Allah ampunkan hambanya, siapa kita untuk mempersoalkan.??

Hamba Cuma mengingatkan,
semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan dimasukkan kedalam golongan yang diredhaiNya
wallahualam. J


Tuesday 17 September 2013

Jodoh awal, tak pernah terdetik.

Assalamualaikum.
Maaf jika bahasa yang digunakan tidak berperasaan.
Sebabnya, fikiran kacau bilau.
Cuma boleh bertenang sikit lepas dengar mukadimmah mak tadi.
Yes, Cuma mak yang boleh tenangkan zati!

Sungguh, tak pernah terlintas di fikiran sihat zati kalau jodoh zati sampai awal
Berniat tu apatah lagi.
Tapi, bila keadaan dah jadi macam ni, mak ayah dah guna kuasa veto
Dan disokong ahli-ahli parlimen lain, adik beradik ramai, makin kuat la sokongan.
Yes, memang sekarang ramai kawin muda, tapi zati tak sedia lagi!

Dah rasa macam dalam cerita novel pun ada.
Apapun, kena berfikiran positif.
Zati yakin, PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK.
Semoga Allah permudahkan segala urusan,
Kuatkan mental, tabahkan hati.
Jumpa lain masa ye semua.
Wallahualam.

Tuesday 10 September 2013

Final year!!???


Assalamualaikum semua!! 
hai, selamat kembali ke alam nyata yer kengkawan
setelah berpenat lelah membesarkan badan kat umah
sepanjang cuti hampir 2 bulan ni hehe J

rasa macam sgt x percaya, dah masuk final year rupanya
ok so izzati, be matured! haha
Cerita sem ni lain macam sikit,
ok cerita dia macam ni,
Oleh kerana fac zati ni fac admin, so staff2 dekat fac ni terlebih rajin la dalam
“Meng-admin-kan”

Yang paling menimbulkan isu, kelas ditetapkan!
Fulamak.. macam sekolah plak rasanya
And worst bila kteorg dah masuk part 5!
“final year” katakana, nak buat projek itu, ini, research lagi
Huh, cubaan betul bila kena dgn “kawan” yang x berapa ngam.

Tak pe, yang penting kena think positif je sekarang.
Tak boleh banyak mengeluh ok? J
Ada hikmahnya ni, Cuma mungkin kita x Nampak lg, ye dok?
Semoga Allah permudahkan segala urusan.amin..

Anyway, tadi dah ada perjumpaan dekan.
Awal fac kita buat semester ni kan? haha
biasanya next week atau next two week baru ada,
tapi Ok jugak, sebab dapat berita terbaru td,
Setelah dipertimbangkan, student final year dikecualikan  
daripada tukar ke kampus seremban 3.
Perasaan bercambur baur, mungkin sebab dah mind set tahun depan tukar sana.
Tp Alhamdulillah jugak, tak payah bersusah payah tukar sana
untuk satu sem je lagi tu. kan kan??
apa pun, terima kasih ya Allah di atas segala perancangan ini. J




Sunday 8 September 2013

Incident di open house

Bismillah..
Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa dalam keadaan sihat yer!
Dah lama tak bertegur sapa.
Blog pun dah berhabuk.
Banyak sangat cerita yang nak di kongsi.
Nanti akan menyusul satu-satu ok.
Cuma sekarang zati ingin cerita pasal satu incident yang blaku kat zati baru-baru ni.

Sungguh, tak pernah merasa ujian sakit seperti kali ni.
Takdir Allah, macam biasa, open house rumah abg, mak naik jb, masak.
Dipendekkan cerita, periuk besar (boleh disamakan dgn kawah sederhana besar) terkingkup atas zati.
Habis terkena dari betis ke kaki and yang paling worst kaki.
Habis sampai boleh masak daging.

Subhanallah. Hanya Allah yang tahu betapa sakit.
Apa pun, zati tahu, ada hikmat yang dah Allah tetapkan di sebalik semua ni.
Cuma sekarang, keadaan dah bertambah baik.
Dah boleh jalan pun. Syukur. J
Kita jumpa di lain entry yer. Wallahualam. 

Saturday 3 August 2013

Makanan raya!!!

Assalamualaikum semua. hai lama tak nampak?
busy la, harini before blk cuti sem, aku ada kata nak buat projek kan?
ha so busy la dengan projek meniaga ni.

actually projek kita kali ni adalah bisness kerepek!
ha nanti I cerita dgn lebih lanjut kalau sempat yer.
anyway, kepada yang duk area2 ni, jemput datang ke bazar
wakaf tapai, marang, membeli "makanan raya"

semua ada kakak adik abang pak cik mak cik nenek datuk
kerepek pelbagai jenis dan perisa, kacang-kacang, popia samosa karipap (segera)
nak jelas, jemput datang ke gerai kita, gerai yang paling meriah dan besar tu ok!

jumpa lagi, selamat menikmati detik2 terakhir ramadhan,
lagi 4 hari ni. bai! 

Saturday 13 July 2013

Second year is ended.

Assalamualaikum dan selamat malam semua!
hai hai hai..senangnya dalam hati, 
bila exam dah habis,
terasa dunia anaaa yang punya......
teng teng teng. haha

hai, so my second year degree is officially ended
setelah berakhirnya paper last ASEAN tadi
so just lupakan pasal final exam, 
hanya menunggu keputusannya nanti. 
tapi yang pasti, bila balik rumah nanti, 
aku ada projek great punya yang sedang menanti.

ha nanti kalau ada kesempatan kita share ok.
and kepada kengkawan yang baru habis final,
excluded kengkawan kampung aku yang bukan
anak didik UiTM yang telah cuti terlebih dahulu,
happy holiday yer.
nikmati cuti anda dengan sepenuh hati.

anyway, nasib aku tak ambik intersesi,
kalau tak, esok sehari je cuti, isnin terus start kelas. 
memang terbaik. tp apapun, 
all the best kat kengkawan kita yang ambik intersesi tu ok.
hehe salam bercuti semester dari saya. :D

Monday 8 July 2013

Ramadhan datang lagi.



Assalamualaikum semua.
hai buat apa tu? kita baru balik exam, 
second last paper. tapi tak nak cerita la apa terjadi kat paper answer kita tadi.
moga-moga perasaan kita jer yang merasakan paper tu "spoil"
untuk melayakkan diri dean sem ni.

kata tak nak cerita, nak tersasul lak. hehe
apa pun, saya dengan ini mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 
yang bakal tiba esok hari.
semoga Ramadhan kali ini dimanfaatkan sepenuhnya ok.

kita pun tetap bersyukur sebab puasa kat sini 5 hari jer,
lepas final terus balik puasa kat rumah.
bersyukur sebab tahun ini insyaAllah diberi kesempatan untuk tadarus
dengan mak and the geng lagi.
ya Allah indahnya..

ok la yer, hamba undur diri dulu.
doakan paper final untuk final exam ni dipermudahkan.
dan you all semua, selamat berpuasa! :D


Thursday 20 June 2013

Death.

Assalamualaikum semua!
hari ni hari khamis. (tau la kan? hehe)
and esok jumaat. means esok last day kelas before end of this sem
and start on focusing final, tak lama dh, ada la dalam 6 hari lagi.
weh jap2... 6 hari? wah terbaik la. haha

tadi last kelas dgn pfor mohi,
sedih. sem depan tah jumpa dia lagi tak.
memang setiap kali kelas dia, selalu under pressure,
tp in fact, bila kat kelas dia, aku bukan depat ilmu pasal course tu je,
sampingan tu byk lagi, yang macam bagi aku tak ada harga.

and tadi, last kelas, last nasihat dia,
is about death.
prinsip dia senang je, dan senang jugak nak ingat.
in everything yang korang nak buat, 
korang ingat mati. dan insyaAllah pilihan yang dibuat akan lebih kepada
siratol mustaqim..

wallahualam. 
p/s : selamat berbuka kepada yang sedang marathon qada puasa ok! :)

Sunday 16 June 2013

SEMESTER 5 IS COMING SOON!

Assalamualaikum semua!
final exam tinggal lagi seminggu,
then tadi tiba-tiba di kejutkan dengan berita 
"jadual semester SEPT..."
pelik. sem tak habis lagi, jadual dah keluar!
lagi pelik bila fakulti tetapkan you kelas A, anda kelas B, awak kelas C...

supposedly kami akan register subjek waktu cuti sem,
tapi ni, patutlah terlebih advance awalnya,
rupa-rupanya ada surprise!

the worst is, kami bertiga semua berpecah!
alin kelas A dan shai kelas E.
tambah-tambah lagi sem depan start buat research untuk final sem.
huarghh tension plak jadinya.

dan untuk menyedapkan hati yang nak ngadap final ni,
"come on la friends, kelas mana2 sama je,
korang boleh rapat lagi dengan kawan yang korang
just lelambai je kalau jumpa sebelum ni"
iye dok?
ha.. ye sangat la tu. 


Friday 14 June 2013

"EDUCATE HER"

Assalamualaikum semua. 
hai malam ni nak lagho kejap boleh tak? 
mud study tak datang lah, macam dah lari hukhuk.

tapi malam ni kita tak nak cerita pasal kita,
kita nak cerita pasal sayang kita. 
nak tau nak tau? haaa.... hyper excited nampak. haha

ok tak jadi nak cerita la, panjang sangat, 
hanya untuk saling ingat mengingati. *cewahh
bukan apa, people may say, alaa menda kecik perbesar-besarkan.
tapi bak kata prof kita. "you must educate her"

sangat basic, rasa macam tak perlu nak kena educate bagai, 
contoh, buang sampah, tak nak buang orang punya pun, cukup la tahu tanggungjawab kita,
lepas makan bersihkan, kalau dah lebih 100++ (amboih) asyik orang jer nak bersihkan kita punya, 
sape tak tension kan?
then, kalau tegur, buat dengan *mecok (bahasa ganu ni)
 means kalau basuh tu macam tak basuh..errr ha boleh bayangkan?
everyything kena tegur dan suruh. tu yang kita sendri punya.
tak malu ke? bukan adik2 sekolah rendah sayanggg...
sampai ke some extend, kita tegur elok2 tapi kena marah lak. :(
ha tak perlu la nak list out semua kan?
tu satu contoh.

taraf umur dah boleh kawin macam ni, 
supposedly tak kan ada masalah macam ni.
or maybe sebab persekitaran dia dibesarkan,
"anak tunggal"
tapi orang lain pun anak tunggal, boleh terima teguran.
sape nak ubah dia, memangla kita sbagai kawan jugak bertanggung jawab, 
tapi kalau dah setiap teguran tak boleh diterima dek akal dia,
macam mana?
people, any suggestion?

basic, simple, perkara kecik, memang la
tapi bila kita lalui, kita akan tau, 
tahap sabar pun akan tercabar,
setahun lebih dah boleh dikira sebagai sabar kan? :)


wallahualam.
good night people :)

Monday 3 June 2013

Hangat membara.!


Assalamualaikum semua. 
singgah sekejap aje ni, 
just nak bagitau final exam sedang mengejar saya.
saya tak boleh lama-lama.
nanti dia sempat tangkap.

nah, ini dia jadual exam kita,
(nk bagi jugak... buat apa tah) 
suka hati orang la....
*haha gelak sorang sorang.

27 June - Ehics
30 June - Policy analysis
3 July - Organizational behavior
9 July - Management of Information System
13 July - ASEAN

kenapa 5 paper je?
ha sebab lagi dua paper tak ada final.
so, wish me luck. btw, sem ni tak ada study week.
best kan? gap exam pun best. huahua. 

ok bai..!








Sunday 19 May 2013

Kembara Rimba 2.0

Assalamualaikum semua. sihat? oh bagus la.
aku? sihat jer, zahir batin sihat, bahagia.hehe..
kepenatan semalam pun dah hilang.
gi mana? hehe..opss lupa nak bagitau, semalam I pergi explorace you!! hiks

ha, tak nak bercerita bnyak, nah I bagi u olls gambaran ke"best"an semalam ok.


ok, actually kami punya explorace involve dua tempat tau. taman alam dan jugak bukit malawati.
so taman alam ni dia punya point permulaan.


group kami, DREAM KILLERS, dari kiri aku,alin,anis dan muji. supposedly satu group 6 orang, dan task yang disediakan dalam explorace ni pun memang untuk 6 org,tp disebabkan ada sedkit masalah "teknikal" so kteorg gambel je harung dengan 4 orang ni. hebat kan?hihi

bersama dengan lecturers yang dtg, sir ramlan yang sangat talkactive & loya buruk, dan jugak  miss azilah.

this is tangga nak naik ke bukit malawati. dah selesai task dekat taman alam, kteorg berkejar ke sini. ha, nampak tak ketinggian kebanyakan dia punya anak tangga.sampai atas rasa macam hilang kaki jap.haha
                         
actually ni muka penat kat atas bukit malawati, tapi sempat lagi bergambar sambil tersenyum tu, waktu tengah tnggu turn ntk cabaran geoup kteorg.

salah satu task kami waktu dekat atas bukit malawati, bagi monyet2 dan kera2 liar kat situ makan. best sebab semua monyet2 ni jinak, macam anak kucing gayanya. haha




ha, end of the story, group kami dapat no 8. kira ok la kan, tercalon dalm top 10 jugak, even kami special , lain dari yang lain dengan hli hanya 4 org.


ok last post, hehe.. setakat ini sahaja persembahan dari hamba. wassalam. :D




Thursday 16 May 2013

Hey, I miss You!


Assalamualaikum dan selamat awal pagi semua.
hai, ada sihat? ha?lama tak nampak?
memang pun. busy sgt kan sampai tak sempat singgah makan kit kat
kat sini. busy dia datang macam gelombang, habis pasang dia, surut balik.hehe

ha, dah pukul berapa ni?
lorh, 2.37 pagi patut la merapu entah apa2 cik zati ni.haha
tak..sebabnya tak boleh tidur, lagipun esok bkn nk kena g kelas kan? :D

actually kan, manyak cerita nak share ni,
kalau korang tak nak dengar sila tutup telinga, pejam mata. kekeke
tapi disebabkan terlalu manyak tu, tunggu kita susun jalan cerita dia 
in order dulu yer.

highlight jer dulu kat sini, cik zati kita sekarang sihat, 
gembira, bahagia dengan kehidupan dia,
lebih2 lagi dengan mak ayah yang super owesome, 
awak yang double super perfect
dan jugak housemate yang super gila haha

ok jumpa next entry bai. 
good night, selamat malam, wan an.


Thursday 18 April 2013

Aku yang Tak Sempurna

Assalamualaikum semua.

KESEMPURNAAN.
itu yang semua orang impikan?
yang semua cuba penuhi,
yang semua kejarkan?
yang semua gilakan?
sehinggakan mereka lupa pada satu hakikat,

tiada manusia yang cukup sempurna.
kekurangan itu melengkapi
kekurangan itu menjadikan mereka unik.
lain daripada mereka yang lain.

ya, aku manusia tak sempurna.
serba kekurangan.
aku tak sempurna, kerana itu aku dipanggil manusia
cuma satu perlu diingat,
kekurangan yang boleh di perbaiki,
harus diperbaiki.
bukan dengan menambah lagi kekurangan yang ada.

saudara dan saudari faham apa maksud yang
izati cuba sampaikan?

renung-renungkan. selamat malam. :)

Thursday 11 April 2013

The story in the middle of night



Good morning,
it was 2.50 a.m yet I'm still standing here.
looking up the moon
is someone starring at the same moon, too?

I used to think one day we'd tell the story of us,
how we met,
and the sparks flew instantly 
then people would say they're the lucky ones.

I used to know my place was a spot next to you,
now I'm searching the room for an empty seat, 
cause lately I don't even know what page you're on

a simple complication, 
it is understandably? 
miscommunication lead to fallout,
so many things that I wish you to knew.

Is it killing you,
like it's killing me? 


I just wish you to understand me once.
treat me the way you want me to treat you
its simple principle.

Had to sleep, wish me luck for my test tomorrow. :)





Monday 1 April 2013

Hilang.



Assalamulaikum wahai pemilik hati sekalian.
sebenarnya jiwa aku kosong untuk update entry
rasa sebahagian jiwa aku dah hilang
rasa diri aku, nurul izzati yang hilang
rasa hidup macam tak ada tujuan
rasa otak dah stop functioning
rasa kehidupan aku dah dirampas cerianya.

aku hamba yang lemah
manusia yang serba kekurangan
aku tau, ungkapan "kalau boleh ku undurkan balik masa"
tu ayat syaitan.
ayat manusia yang menolak takdir hidup.
ayat manusia yang menyalahkan ujian menimpa dirinya

tapi aku perlukan kekuatan aku balik.
"IZZATI" aku dah hilang. 
aku perlukan "pokok" aku untuk aku tempuh semua ni.
tapi mana dia hilang?





Tuesday 26 March 2013

My Superbike!

Salam semua. 
today is Tuesday, hari jadual kelas aku yang paling ummpphhh..
sebab? permulaan dan pengakhiran.
1st kelas pukul 8.30, 2nd a.k.a last kelas pukul 6-8 malam. 
memang best kan?
kau ada? haha.

so sekarang ni baru pukul 5.26 petang,
ada lebih kurang stengah jam lagi.
amboi zati relax sakan kau eh?
siap pun tak lagi, kalau biasa pukul 5 dah turun tunggu rapid kl
tapi sekarang ni kau tau, aku dah ada batman untuk ke kelas. 
last two week, abang aku hantarkn motor ha,
 so dlm erti kata lain, memudah, menyenang, menyelamat, dan semua 
"me" la sejak aku ada batman ni nak ke kelas.
tak da nak susahkan superman aku sangat. hehe

actually, dah lama aku berangan nak bawak motor ni,
sebabnya banyak "me" tu la.
and sem ni request aku approved!
and dipercepatkan lagi sebab kes "pau" aku hari tu.
ada jugak untungnya. haha
eh nauzubillah. 

ha so korang, nak bagitau tu jer, 
teringat sebab tadi ada kawan kita yang tnya 
kat instagram. haha..
ok la, I nak siap g kelas. k bai. :D 

Friday 15 March 2013

PAU??

Hai selamat berhujung minggu semua!
sihat? harapnya sentiasa dalam keadaan baik2 semua yer.
ok. hari ni aku just nak share kejadian semalam
trauma ma tak hilang lagi nihh. 

semalam kelas aku petang pukul 5,
actually aku memang takut sebenarnya nak tunggu bas sorang2,
tambah2 waktu petang, where tak ramai student yang ada kelas petang jumaat macam aku semalam.
tapi dah keadaan terdesak, superman pun xada nak hantarkan semalam.
so beranikan diri je.

time aku sampai kat bus stop, just ada aku and sorang mamat ni.
ok then, Im just ignoring him. 
pendekkan cerita, dia tiba2 tegur aku tnya duk mana bla bla.
at first aku just bt tak tahu, even time tu dah rasa x sedap hati.

tapi, dia x brenti bercakap, cerita hal yang dia jalan kaki jauh2 dari giant ke bus stop depan rumah aku ni, 
hal kereta dia stuck, minyak habis, cash money tak ada, 
just ada kad atm je, housemate yang akan balik keja kul 8, 9 malam.
the way he talk, macam lain macam sangat.
menggelabah tak tentu pasal, 
dgn jalan cerita yang tak tersusun and aku at first langsung x faham apa dia cakap.

and end up, aku potong dia cakap, tnya, so nak mintak tolong apa?
then dia cakap nak cash money.
aku macam, rasa nak lari pun ada.

dalam hati doa banyak2 sampaila tiba2 nampak kelibat kawan aku datang.
huh, Allah tolong aku!
and after kawan aku sampai, dia serta merta diam dr cakap banyak tu.
and after bas sampai, dia terus blah.

kalau nampak pada jalan cerita dia, tak ada satu pun yang logik.
aku malas plak nak hurai panjang2 kat sini.
just nak pesan kat u olls yang tunggu bas area seksyen 7 (haha) atau mana2
 jela, please take care yer sayang! 
kalau jumpa  orang yang curiga sgt mcam ni, lari terus kalau boleh. :D







Friday 8 March 2013

Choosen.



Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua!
fuh, leganya rasa bila rumah dah bersih.
sedap mata memandang. nak belajar pun harapnya semangat haha..

Actually just nak share kesinambungan last entry. 
Dua tiga hari sebelum ni aku macam nak happy sikit bila ada org bersama2 nak usahakan untuk buka satu lagi kelas untuk subjek elektif local gov. 
dorang pegi jumpa Dr. Shireen who is lecturer yang handle course ni n she ask them untuk kumpul nama student at least 15 orang and bawak ke KP .
sedihnya, KP ni tak nak jugak even kami dapat sokongan dari lecturer yang nak mengajar course tu sendiri.
dengar macam kejam sangat kan?
tu la, tak semua keadaan akan menyebelahi kita.

And the day after dapat result rejected dari KP tu, aku ada kelas ethics which is one of the killer course untuk sem ni and lecturer yang handle tutor kami macam.. giler best.
dan some of his words buat aku macam tersedar dan semangat untuk ambik elektif south asian, berjuang struggle course. 

"Allah will not burden us with what we are not able to carry on. He gave the best for us........"
the way he talk macam salurkan something yang macam...oh ok. 
I am the choosen one so kenapa nak menyerah sebelum berjuang kan?
lecturer ni maybe Pakistanis tapi rasa bersyukur dapat dia ajar etihcs sem ni. 
alhamdulillah. 

apa pun, setiap yang berlaku. kita kena berpatah balik kepada pencipta.
insyaAllah kita mampu hadapi apa pun dugaan yang datang. 
wallahualam. :)



Monday 4 March 2013

subjek elektif

salam semua!
1st day di semester baru.
amacam? best jumpa kawan lama tak jumpa?
best memang best, tapi kejadian tragis tiba2 berlaku
bila aku sesorang tercicir tak sempat nk register subjek elektif tu.

tarikh buka untuk pelajar boleh start register kos
time kami tengah cuti,
so bila aku terlewat 3saat untuk register kos tu, 
penuh dan tak boleh masuk sistem.
biasala sub. elektif local gov tu semua orang duk berebut dan south asian 
affair semua org nk elak.
dan bila kelas untuk local semua full,
 aku senangkan cerita nk jumpa KP aka ketua program untuk reg manual

sedihnya, tadi semangat jumpa KP tap tup tup 
kena reject!
aduh, ini KP fac aku tukar baru ma, 
tegasnya tak dapat di umpamakan dgn apa2.
conclusionnya, samaada aku ambik jgk sub elektif yang "susah" sangat
tu sem ni atau drop dulu.
bak kata KP td, dia suruh aku solat istikarah ke tahajud?
haha macam3. tengah serabut masai boleh nk buat lawak lg.

nanti la fikir yang terbaik, 
semoga diberikan petunjuk yang terbaik. amin..





Thursday 21 February 2013

Sara Arissa

Assalamualaikum semua!
 I baru blk dating gn mak ni terus hupdate blog, 
wahh...gigih tak? haha :D

pendekkan cerita, last entry I ada hutang nk cerita pasal my sister
masuk wad kan?
lepas 3 hari sempat bermalam kt hospital
yang best tu, on 18th Feb selamatlah seorang lagi ahli baru family
 kami lahir.hehe..suke3.. :D

ada orang cakap, aku excited dapat baby baru macam
1st time dapat anak buah, tp in fact,
ni anak buah aku yang ke 11..kekeke..

Eh jap, nak tunjuk kt korang anak buah aku
yang comel ni.hehe..


comel macam mak sdara dia tak?
sara arissa namanya.
ok la, nanti kita jumpa next entry. bai... :D


Sunday 17 February 2013

"15 FEB. 2013"



Assalamualaikum dan... selamat petang!
jap3. tarik nafassss...hembus.
huh, busy betul 2, 3 hari ni
 betul la bak kata kawan aku, 
aku ni busy mengalahkan mak datin..haha
one of the reason sebab nak tambah ahli keluarga baru, 
ok nanti aku update pasal tu.
sekarang nak cerita pasal 15 february!

firstly, alhamdulillah sebab Allah panjangkan umur aku sampai umur 21 tahun,
macam tahun lepas, time birhday aku ni, 
cuti sem, so pada tarikh keramat ni aku disamping family,
nampak gaya hal ini akan berpanjuangan sampai la aku grad,
kesian orang Shah alam...haha
yet, aku happy sangat sebab adanya family dan kawan2 yang ingat kt aku
syukur dan thanks kat semua (family,kawan2 dan jugak pak cik) yang still ingat,
wish dan celebrate my birthday!
walau pak cik kt Shah alam tu jauh tp tu xjd masalah..
nt kita qada balik celebrate kt sana yer. ;)

doa aku seiring dengan 'pelanjutan usia'  ni biarla aku jer y tau. (haha poyo!)
cuma satu nk share, semoga jodoh aku kahwin awal.
kahkah ni lagi poyo.

byk pulak aku mengarut ptg2 ni haha,
actually nk ckp satu jer, tahun ni tarikh bufday aku sama tarikh dgn result
final sem y aku baru jer habis exam tu.
hebat kan? *tak habis2 poyo..
cuma tu la, result yang keluar tak seiring dgn apa y aku target.
aim untuk dean list tak kesampaian lagi
insyaAllah sem depan ada rezeki.
semuaaa, nantikan! haha..

sampai sini dulu yer, aku kat hospital ni,
tengah tunggu kak da nk bersalin,
doakan dia dipermudahkan.amin..
ok, nanti pape hal, jumpa next entry! bai... :D





Thursday 31 January 2013

474 days!



Rasa macam baru semalam aku sem satu aku study kat sini,
rasa macam baru semalam aku semua kejadian pahit, manis tu berlaku,
rasa macam baru semalam jgk aku kenal dia,
rasa baru semalam aku mula rapat dgn dia,
rasa baru semalam everything had happened!

But in fact, dah setahun lebih.
woww.. macam tak percaya.hehe..

Hadirnya tanpa ku sedari,
Menggamit kasih cinta bersemi.
Hadir cinta insan padaku ini, 
Anugerah kurniaan Ilahi.

Ya Allah, jika dia benar untukku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Jika dia bukan milikku,
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

*wah, tetiba pandai lak tulis sajak ke apa jiwang2  nihh? ^.^
hehe..xda la..ni cebisan lirik lagu dia permata yang di cari by DeHearty.
tapi kalau hayati betul3 lirik dia, perghh..
haha,k la,tak nak mengarut lebih.

assalamualaikum semua! :)








Just far away




Tak pernah terniat, 
jauh sekali sengaja,
tapi terpaksa. niat hati cuma satu,
mahukan yang terbaik untuk, baik untuk awak, saya atau sape2 saje

Walau apa yang berlaku ini menyesakkan ruang fikiran,
hari tak tentu arah,
jiwa sakit (ececeh ayat)
tapi seandainya ketidakmunculan saya,
(mungkin) adalah yang terbaik, 
atau (mungkin) akan pulihkan keadaan.
so I will.

so just take your, your and your time. :)

Page 10 out of 41

Hai, lama tak nampak? :D
I cuti sem masuk gua, bertapa, tak bercampur dgn orang ramai
haha.. and tup tup hari ni dah hari ke 10
means..?? 

lagi 31 hari cuti yang tinggal? 
31?? cepatnyaa masa berlalu..
tu la, busy sangat sampaikan dah 10 hari
menikmati cuti, tp rasa macam baru sehari..wakaka

Ceritanya dia senang, 
life I balik cuti ni, disamping melatih diri ke arah wasasan 
ibu mithali (haha wasasan la sangettt), 
I jgk jadi driver sepenuh masa?
in fact, bukan setakat my mummy's driver, 
tp dah boleh dikatakan my family's driver!

Btw, ni ha anak buah yang I jaga tu. 

Rifqi Adam

and his lil sister, Tasnim Imani

oh myy... memang ni jelaa keja aku cuti sem nih?
eh baru terperasan ber-I U plak,
patut la rasa lidah pelat semacam.haha
k la u olls, nt kita sambung story mory lagi.
baii... :)

Sunday 13 January 2013

Nomad atau no mad?

Assalamualaikum dannn..... xiawu hao!
alhamdulillah ada kesempatan nak melawat blog
tadi dah lepas paper ke-4
pun alhamdulillah, sebab just tinggal 2 paper je lagi
jer lagi? tapi paper killer mak cik oii
esok start study balik! haha  :D

alhamdulillah jugak sebab tak jadi nomad dan atau no mad.
as usual la, bila buka nak habis sem masalah ni mesti timbul
kenapa kenapa dan kenapa?
dan alasan untuk sem ni sebab dapat housemate kental
nak apply rayuan kolej
soooo...kena nomad lagi?

kalau dah byk kali sangat dan kita pun sedar
barang kita yang byk 'pelik' dari orang,
pak cik hensem nak tukang angkut barang pindah kita pun boleh jadi mad kan?

sebab sedar hakikat tu, 
dan fikirkan kawan2 yang still nak stayy jgk dgn kita,
publish jer rumah ni kt orang lain.

in conclude, for last 3sem, 
sebab tak ada pengalaman atau sebab malas nak fikir atau
memang ada masalah lain,
sem depan harapnya akan stay jelaa kat rumah ni.
hingga tahun 2014 menjelma.hihi

setakat ni jelaa luahan rasa syukur kita untuk entry malam ni.
btw, doakan paper social marketing dan advance business law yang
menanti kita. 

baiii... :))



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...