Saturday, 3 August 2013

Makanan raya!!!

Assalamualaikum semua. hai lama tak nampak?
busy la, harini before blk cuti sem, aku ada kata nak buat projek kan?
ha so busy la dengan projek meniaga ni.

actually projek kita kali ni adalah bisness kerepek!
ha nanti I cerita dgn lebih lanjut kalau sempat yer.
anyway, kepada yang duk area2 ni, jemput datang ke bazar
wakaf tapai, marang, membeli "makanan raya"

semua ada kakak adik abang pak cik mak cik nenek datuk
kerepek pelbagai jenis dan perisa, kacang-kacang, popia samosa karipap (segera)
nak jelas, jemput datang ke gerai kita, gerai yang paling meriah dan besar tu ok!

jumpa lagi, selamat menikmati detik2 terakhir ramadhan,
lagi 4 hari ni. bai! 

Saturday, 13 July 2013

Second year is ended.

Assalamualaikum dan selamat malam semua!
hai hai hai..senangnya dalam hati, 
bila exam dah habis,
terasa dunia anaaa yang punya......
teng teng teng. haha

hai, so my second year degree is officially ended
setelah berakhirnya paper last ASEAN tadi
so just lupakan pasal final exam, 
hanya menunggu keputusannya nanti. 
tapi yang pasti, bila balik rumah nanti, 
aku ada projek great punya yang sedang menanti.

ha nanti kalau ada kesempatan kita share ok.
and kepada kengkawan yang baru habis final,
excluded kengkawan kampung aku yang bukan
anak didik UiTM yang telah cuti terlebih dahulu,
happy holiday yer.
nikmati cuti anda dengan sepenuh hati.

anyway, nasib aku tak ambik intersesi,
kalau tak, esok sehari je cuti, isnin terus start kelas. 
memang terbaik. tp apapun, 
all the best kat kengkawan kita yang ambik intersesi tu ok.
hehe salam bercuti semester dari saya. :D

Monday, 8 July 2013

Ramadhan datang lagi.



Assalamualaikum semua.
hai buat apa tu? kita baru balik exam, 
second last paper. tapi tak nak cerita la apa terjadi kat paper answer kita tadi.
moga-moga perasaan kita jer yang merasakan paper tu "spoil"
untuk melayakkan diri dean sem ni.

kata tak nak cerita, nak tersasul lak. hehe
apa pun, saya dengan ini mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 
yang bakal tiba esok hari.
semoga Ramadhan kali ini dimanfaatkan sepenuhnya ok.

kita pun tetap bersyukur sebab puasa kat sini 5 hari jer,
lepas final terus balik puasa kat rumah.
bersyukur sebab tahun ini insyaAllah diberi kesempatan untuk tadarus
dengan mak and the geng lagi.
ya Allah indahnya..

ok la yer, hamba undur diri dulu.
doakan paper final untuk final exam ni dipermudahkan.
dan you all semua, selamat berpuasa! :D


Thursday, 20 June 2013

Death.

Assalamualaikum semua!
hari ni hari khamis. (tau la kan? hehe)
and esok jumaat. means esok last day kelas before end of this sem
and start on focusing final, tak lama dh, ada la dalam 6 hari lagi.
weh jap2... 6 hari? wah terbaik la. haha

tadi last kelas dgn pfor mohi,
sedih. sem depan tah jumpa dia lagi tak.
memang setiap kali kelas dia, selalu under pressure,
tp in fact, bila kat kelas dia, aku bukan depat ilmu pasal course tu je,
sampingan tu byk lagi, yang macam bagi aku tak ada harga.

and tadi, last kelas, last nasihat dia,
is about death.
prinsip dia senang je, dan senang jugak nak ingat.
in everything yang korang nak buat, 
korang ingat mati. dan insyaAllah pilihan yang dibuat akan lebih kepada
siratol mustaqim..

wallahualam. 
p/s : selamat berbuka kepada yang sedang marathon qada puasa ok! :)

Sunday, 16 June 2013

SEMESTER 5 IS COMING SOON!

Assalamualaikum semua!
final exam tinggal lagi seminggu,
then tadi tiba-tiba di kejutkan dengan berita 
"jadual semester SEPT..."
pelik. sem tak habis lagi, jadual dah keluar!
lagi pelik bila fakulti tetapkan you kelas A, anda kelas B, awak kelas C...

supposedly kami akan register subjek waktu cuti sem,
tapi ni, patutlah terlebih advance awalnya,
rupa-rupanya ada surprise!

the worst is, kami bertiga semua berpecah!
alin kelas A dan shai kelas E.
tambah-tambah lagi sem depan start buat research untuk final sem.
huarghh tension plak jadinya.

dan untuk menyedapkan hati yang nak ngadap final ni,
"come on la friends, kelas mana2 sama je,
korang boleh rapat lagi dengan kawan yang korang
just lelambai je kalau jumpa sebelum ni"
iye dok?
ha.. ye sangat la tu. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...