Monday, 4 August 2014

cerita raya sebagai isteri orang.

Assalamualaikum.

Masih belum terlambat rasanya nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin pada semuaaa. Harini pun baru hari raya ke 8. Raya kan sebulan,ye dok? Hehe...

Biasalah, raya tahun ni ambe punya masa limited skit,xsempat nk update entry. Hihi.. 2hari sebelum raya dah gerak balik ganu, lain mcm skit ini kali punya raya sebab balik feeling raya lebih. Yelaa,biasa cuti sem sebulan sebelum raya,tapi ni ha 2hari nak raya baru nlk kg. Raya kat mana? Eh mestila suami mithali ikut isteri ketayangan balik ganu hahaha.. yess! I win! Doakan tahun depan balik ganu lagi.kuikui.. (cik abe sila baca!).

Raya kali ni ada 1001 cerita,haha nak taip pun rasa nak gelak golek golek dulu hahaha.. okay,1st of all, the hottest story is,baju raya suami saya tertinggal! Eh you guest what?? Dengan jalan jam subhallah,tiba2 dah sampai KL,asben tanya,itu bak blk? ini bak blk?itu ini itu ini,tup tup baju abg bak blk? Clueless!

Apa uolls expect? Nak uturn blk shah alam blk? Kreta nak gerak pun x bergerak. End up,rosak  plan tema merah hati kita hukhuk. Sorry syg,tahun pertama kena siapkan baju asben skali,dgn excited nk blk kg lg,terlupa huhu.. tp untung jgk cik abe kita,dpt bykkk dari kita baju raya.mak mertua lg blnja kt ganu.haih kita jgk kena sabo sbb mmg salah kita tinggalkan haaha..

Cerita lain, cerita x best is raya ketiga dh kena blk selangor! Eh raya sebulan okay. How come how come..saya x habis raya kt ganu lagiiii 😭😭😭..tapi nasib jgk asben bg can raya ketiga baru blk. Kalau raya kedua dh nk blk selangor lagi haru kita jadinya.. tapi tula,1st year of learning.

Cerita cerita seorang isteri sambut raya pertama sebagai isteri.kepohnya lebih hehe.. on the other side,raya tahun ni mestila la lg best,sebabbb dapat salam gn suami,itu gn suami ini gn suami hehe..eh duit raya pun dapat lg! Hahaha k bai.

Selamat hari raya maaf zahir batin dr saya dan suami. P/s sorry xleh belanja gambar baju raya merah hati kita sbb spoil baju tu tertinggal,so ganti dgn color lain.xsamalah.. baju raya kedua pun ok kan? Hehe.. 



Monday, 14 July 2014

End of degree story.

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, tepat pukul 5.15 ptg kelmarin lepas habis last paper final exam, saya dengan ini sudah bebas dan merdeka sebagai pelajar ijazah sarjana muda. hoi hoi... lepas pengawas exam kutip kertas exam, ya Allah rasa macam haih susah nak describe la rasa macam mana hehehe.. haa ni saat yang kau tunggu tunggu sangat kan zati. nikmatilah! haha..

 Tapi....disebalik kelegaan, waktu salam2 gn kengkawan semua,  tiba2 rasa sedih. eh betul ke dah habis belajar ni?? macam x caya pon ada. sampai rasa macam xnak balik lepaih habis exam tu. alaaa, nanti dah susah nak jumpa semua kan kan kan.. sobs :'(  hehe..poyo la kan zati ni.


Nah, satu gamba cukupla. xkan nak post semua gambar ptg last tu, penat korang nak scroll nanti. banyak gilos hehehe. 
Ni gambar bersama kawan satu kuliah, yang banyak berjasa dalam perjuangan menghabiskan sisa baki degree ni. thanks dearies, especially aisyah, ida, miera sidek, kak syaa yang banyak ajar zati. thankss!!  I lovee u olls!!
Cuma last paper ni, x leh nak bergambar dengan bestie kita nana shai alin sebab dorang ambik subjek elektif lain. so last paper dorang  pagi, zati lak petang. so kiteorg p celebrate awal2 p iftar sesama malam exam tu. eh paper last x study ke kluar malam exam?? hahaha..



Kawan since first semester, sebelah kita, shai, alin, izah, nana and faizah. eh ramai lagi kawan kita nak masukkan kt dalam ni sebenarnya hehehe. I'm gonna miss u  guys! muah sikit! hehe..moga ukhuwah ni berpanjangan, amin...





Sunday, 6 July 2014

Color untuk tema baju raya

Assalamualaikum.

Hai salam 9 Ramadhan. Eh betul kan baru 9 hari puasa? Haa so sempat lagi nak grab kelebihan ramadhan bebanyak ni ok.
Zati mcm biasa,salu overexcited bila nak raya. Tengah study final ni pun boleh lagi berangan nak raya..haha.. puasa cukup x cukup lain cerita. Hehe.. dah decide nak color apa untuk raya tahun ni? Kita dari awl tahun lagi decide nak color maroon,eh merah hati,eh lebih kurang la tu kan. *Eh melampaunya kau zati,dari awal tahun dah pikir nak raya. Melampau2 haha..
Motif? Sebab raya tahun ni would be my first raya with le hubs! Hihi.. so reason merah hati tu, melambangkan cinta! Ceh hahaha.. eh sorry korang,sengal skit urat saraf pagi ni. okay2, maafkan hamba. Bai! *Sambil buat muka comel* (muka comel cemana tah haha)


Bakal bekerja di Calaqisya!

 Assalamualaikum.

Hai semua. tengah buat apa? zati sedang 'ber honeymoon" menunggu last paper on 12th ni. ya Allah, lamanya gap! hehe... dan sedang menikmati detik2 terakhir sebagai pelajar degree.. ghehehe. dan zati dah plan, habis study zati xnak meganggur, xnak tanam anggur, xnak xnak.. so I had planned! whatever it is, zati nak kerja. so last week, sedikit usaha mencari kerja dilakukan. alaa, just ngadap laptop, sent email hihi.. and one of it, zati apply dekat Calaqisya. alaa, mesti tau kan, one of online butik famous kan kan.. lagipun, outlet calaqisya shah alam ni 2minit je dari rumah. lagi la syiok.  and lepas attending a brief interview, yeayyy zati berjayaaa! deng deng deng joget joget. hehe..




So soon..lepas habis final, insyaAllah akan jadi one of calasoldier hehe.. yang penting, misi xnak meganggur hampir terlaksana. doakan zati okay!


Sunday, 29 June 2014

Keguguran di Musim FInal Exam

Assalamualaikum. haip semua. selamat berpuasa. lambat sikit ucapannya. hehe.. semoga Ramadhan kali ini dimanfaatkan dengan lebih baik berbanding yang lepas2 ya.

blog ni sunyi seketika dengan sebab munasab yang berlaku kebelangan ni. Baru saja merasa satu perasaan bahagia. i got positive result pregnancy test!, tapi ditarik balik perasaan tu. cuma sempat merasa beberapa ketika. betullah, perancangan Allah yang terbaik. ada hikmatnya. mungkin belum rezekinya lagi atau mungkin masa yang belum sesuai.

Cuma, patik sedikit (xtahu nak describe mcm mana perasaan ni), sebab lepas dapat tahu keguguran, mak mintak balik berpantang rumah mertua. hmm yelah, xkan nak balik ganu, sebab tengah final exam. so berpantang lah patik di rumah mertua. hmm, xtau lak kena berpantang bagai.

Dan, final exam untuk final semester ni mungkin mencabar sedikit, sebagai penutup tirai degree patik. study dalam kondisi patik yang *lagak berpantang ni x sama dengan study week yang lepas2 lah. dan usaha untuk stuggle makin mencabar. mengajar patik untuk lebih kuat mungkin. insyaAllah.

Dan, pagi tadi patik dah selesai first paper dengan jayanya. insyaAllah result pun dengan jayanya, berkat doa suami dan mak hehehe.. pagi tadi exam, malam tadi baru balik shah alam. ya Allah, tak pernah dibuat. study? memang sampai rumah terus tidur krohh krohh lah. haha..

Okay, tinggal lagi 2 paper. ni x balik kampung dah waktu gap ni. berpantang kat rumah shah alam jela. ramai yang ada boleh tolong jaga. hehehe.. doakan patik kuat ya, untuk habiskan degree ni. ya Allah, tak sabarnya tunggu tarikh keramat 12hb......dan patik akan tutup buku degree ni. hehehe

*kenapa mood penulisan macam bahasa melayu klassik sangat? hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...