Saturday, 29 March 2014

Pre Honey To Moon

Hai assalamualaikum semua!
ekceli ni bukan entri nak cerita kiteorg p honeymoon bali ke korea mana..
senang kata, tak honeymoon pun. bak kata ustaz, honeymoon biarlah setiap hari. kekeke
and ekceli kepada ekceli, it just short vacay on our weekend.

memandangkan jadual kita semester ni macam heaven sangat, which is sehari paling banyak 3 hours je, *senior student katakan* so nak plan apa2 senang sangat lah. paling best, jumaat xda kelas!
ha sama dengan incik suami kita. lagi best kan. hehe

For the first honey to moon kami kali ni, we choose Bukit Tinggi, Pahang. considering some factors la, and factor paling kuat sebab dekat je dari shah alam. dalam 2 jam dah boleh sampai. kalau xjem la. hehe

And for penginapan, for sure we choose Colmar Tropicale sebab for us this is the best choice haha.. dengan harga yang berpatutan. tapi, tapi... for those yang nak spend lebih sikit might choose the Chateau Spa and Organic Hotel. hehe.. 

And here ada gambar area2 hotel dan jugak dekat bukit sana haa.

on the way ke colmar tropicale.. akan melalui the Chateau Spa and Organic Hotel. cantik kan kan ;)

clock tower. ni dah kat dalam colmar tropicale. dia punya hotel based on French Themed Village. dengan dia punya "lagu" so boleh la nak berangan ala2 dekat french gitu hehe 


kiri kanan dia ni kedai makan. so xyah risau. menurut orang kat sini, its halal..! 

belakang kita ni kedai cenderahati. boleh la nk beli, tapi kita cuma beli patung jepun jer 2 ekor. tu pun untuk diri sendri, konon2 nak letak kat rumah sendri nanti hehe.. sbb dia punya choices xla mcm dekat pasar besar y mmg jual cenderahati tu 

yang building color oren tu la hotel. tapi hotel kami kat belakang blok ni hehe.. ya Allah, sumpah cantik sangat kat sini. untuk korang datang nak tenangkan hati atau berkepit dengan isteri/suami sesuai sangat lah.
rasa macam dalam fairytale. this place is so cantik ok! 

 syurga arnab. arnab2 yang so comel dan jinak! 
till then.


Wednesday, 12 March 2014

Cerita Praktikal di Majlis Daerah Marang

Assalamualaikum. lap2 debu sikit kat blog ni. dah seminggu ke lebih dah x menyinggah. tambah2 dengan isu MH370 plak yang timbul. makan xlalu mandi xbasah jadinya. dah hari ke 5, walau xjadi dekat family sendiri tapi hubungan saudara tetap mendoakan semoga Allah memberikan jalan kepada kami yang serba daif dari segala sudut.

Okay back to point, sebenarnya cerita praktikal kita dah tamat seiring dengan bukanya semester baru. Alhamdulillah, all is well. apa pun, pengalaman praktikal walau hanya 5 minggu, (and tolak cuti wedding lagi) serba sedikit, walau banyak rasanya membuka saya ke alam pekerjaan. ha gittu.

actually, ramai yang macam pelik kenapa dan mengapa zati pilih 1st choice dekat Majlis Daerah Marang, sebab dah terang tang tang memang x ada elaun. means, korang kena la ikhlaskan hati membantu kerja2 office kat sana. tapi for me, sikit pun x menyesal, sebab yang pertama dekat rumah. sebab kedua lak zati rasa this place is the most suitable dengan course zati sekarang. boleh analysis, how the civil servants do their works kan.

Cuma nanti kalau korang nak cari tempat praktikal, pilih la private sector, in case nak dapat elaun la. tapi depends la, kalau orang yang jenis macam kita, senang. x fikir lagi pasal elaun. hehehe...

Since zati ditempatkan dekat unit penilaian harta, overall okay dan best la praktikal dekat sini. sebabbb boss kita dekat unit ni baik, and staff2 lagi super best.


last day YDP bagi hadiah dekat majlis untuk kita. hiuhiu...


 yang kiri sekali kak wan, super duber owesome. geng gosip, jangan pandang sebelah mata. kak wan la banyak ajar itu ini. baik gila! second kak wie, sama macam kak wan jugak. cuma last day boss2 xda. pergi kursus dekat Gambang. so hmm xdala gambar kenangan tu. hehe..
\
till then saja. xda nak bagi tips sangat pun. cuma kalau nak tips lebih macam mana nak bodek boss boleh email hehe... ok assalamualaikum!

Sunday, 23 February 2014

I am twenty two


15 Februari 2014. alhamdulillah, Allah panjangkan umur saya sampai harini, 22 tahun. eh macam dah boleh terima kenyataan dah meningkat tua. or in fact, sejak angka 2 dah kat depan, perasaan untuk mudah terima tu meningkat seiring usia. kekeke...

anyway, siapa sangka tahun ni samput hari lahir dengan status isteri orang?? indahnya perancangan Allah, kan kan? walau suami jauh dimata, *ehem lagi 4 hari habis berpraktikal dan untuk berjauhan*, balik jugak jenguk isteri dia yang jauh di terengganu ni.. hehehe.. it is priceless. hadiah yang paling best,sambut hari lahir disamping suami tersayang ni. :D

dengan peningkatan usia, dengan pertukaran status sebagai isteri, semoga Allah memberkati setiap detik dan langkah ini untuk meneruskan kehidupan. cukupkan kami dengan rezeki yang Engkau berikan. lancarkan setiap usaha kami dan semua yang baik baiklah! hehe.. eh korang pun, jangan lupa daku dalam doamu semua! hehee


               

ni la hasil most precious weekend kami. walau singkat jer, banyak boleh selfie kekeke.. setakat ini saje uolls okay. kita pun kat office ni hehe ok bai!

Wednesday, 19 February 2014

Best friends never die #wedding episod3

Assalamualaikum. hai semua! entri kali ni ditujukan khas kepada sahabat2 tersayang saya. ya Allah, tak tau macam mana nak describe rasa bersyukur dan terima kasih kat semua kengkawan sebab boleh dikatakan 80% kawan2 datang kat majlis bersejarah saya, tak kira jauh dekat, dari utara sampaila ke selatan.thanks uolls!  lg 20% pun kengkawan uni, sebab tengah praktikal. tak pe. kita pahammm hehe..

Betul, waktu2 macam ni la kita nak kawan2 kita, share the happiness with them. ok xnak bebel banyak2.. sekali lagi, all of you, i love! hehe  


 


these are my bestie! kawan2 sekolah dari sekolah rendah sampai menengah.dari kiri, anim, saya, tirah, suraya, kak farah( datang dari johor, senior kem waktu sekolah menengah). mimi, amalina, ziera, nurul


kawan2 fakulti: kiri- nani, ida, shawal, malia. thanks korang, jauh datang. hehe


ida dan shawal. walau datang dari PAKA, sempat sampai waktu saya akad nikah. pukul 10 dah sampai. cayalah korang! merangkap jugak pengapit serkap bakul waktu akad nikah hehehe


bestie, ex-roomate waktu part 1, ex-housemate waktu part2/ syirah the pretty! hehe


classmate waktu sekolah menengah, solihin dan shahir


bakal kakak ipar dari johor


yezza, they are owesome! kawan2 waktu matrikulasi dulu. ika, ita, miera, aini, che wan, hajar. eh yang kat tengah2 baju biru tu sape nama? lupa hehehe


yang dari kiri sekali, fateh, kawan waktu darjah 6 dulu. wahhh.. igt lagi kita kan. terharu! hehe.
then sebelah tu, mira dan ika. kawan waktu sekolah menengah form1-form3 dulu. 


ni sepupu saya yang owesome! thanks banyak tolong. hehe.. kiri, kak chik. kanan, adik munie

piqah si comel. kawan waktu kerja kat pasaraya lepas habis matrik. walau kenal dlm sebulan lebih jer, tapi sekali kawan, sampai mati pun tetap kawan hehe...

ni lagi best, balik dari johor, sampai2 kenduri kita petang, pukul 4 lebih dah.. anyway, thanks datang sherry! hehe.. (kawan waktu sekolah rendah a.k.a sepupu)

and... ada lagi.. kawan fakulti yang duduk teganu ramai la dtg. tapi yang datang belah rumah suami pun ada. nanti kita update lain.

okay, setakat inilah sahaja uolls semua. jumpa lagi  nanti hehe :)










Tuesday, 11 February 2014

Not a Fairytale #wedding reception episod 2


RECEPTION
My dream comes true! alhamdulillah. sejak akhir2 ni asyik nak ucapkan alhamdulillah, sebab xtau macam mana berterima kasihnya saya pada Allahurob.sebab...banyak sebab sangatlah! hehe..
eh ha dah janji kan zati nk bagi tunjuk gambar wedding. sikit2 memadai la yer... *bajet2 hot je kan hehehe...

menanti ketibaann.. but the truth is, korang nanti kawen jgn ambik baju macam kita ni ha, nak buas2 xboleh, kena lagak ayu.. haishh....tapi bila cakap macam ni kat kengkawan, dorang cakap, sebab baju macam aku ni la dorang nak kawen.. haha

si pengapit. actually, kalau nak zati tunjukkan semua pengapit, fuhh x terkira. haha.. ramai sangat nak jadi pengapit. xpe2, ambik berkat korang! tapi ni adik kita ha, kinah.


 no caption lah.. hewhew


kalau perasan, adam salu ada interframe. second gambar pun dia ada. pendek kata, all the time dia ada. maklumlah, auntry ketayangan yang kawen. tapi ha, kalau tgk fully gambar pun, penuh dengan gambar dia jer haha

 actually, ni rushing sebab hari jumaat, so semua kena cepat2 terus makan beradap sebab semua rushing nk g solat jumaat. so gambar kami berdua kt pelamin sikit je..sebabnya, lepas tu langsung xda gap, kawan2 ramai sgt yang datang. ya Allah, ni sekali lagi kena syukur. alhamdulillah...

 hai hemsem! hehe.. hensem ke? pape lah, asalkan husband kita tetap hensem di hati kita. (haih susah org tengah angau ni haha) eh anyway, ni la dia incik hubby kita.. perkenalkan yer.. haha

 take a nap.. fuh, x sempat nak tarik nafas lepas kengkawan yang datang x henti2..

and lastly, thank you so much mama syg, for all these sort of things. you are my everything!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...