Saturday, 19 October 2013

Title tunangan orang

Assalamualaikum semua,
kata orang, good news has to be spread!
so ambik pendekatan ini,
12 oct. 2013 saya dah selamat menjadi tunangan orang.

just announce, and thanks kat semua yang mendoakan dari jauh, 
dari dekat, dan jugak yang datang meraikan.


alhamdulillah, so I am officially "cop-ed" hehe ;D

eh eh eh ni bukan tunang kita la.. ni adik sepupu kita, tapi tetiba lak baju tersama. hehe

ha then ni baru cik abang tunang aka bakal suami kita, insyaAllah.. :)

and thanks to all my bff yang datangss.. walau ada lagi tertinggal xdpt datang,
contoh? hanim, tirah, and bff shah alam ni. 

so tu jela pengumuman singkat malam ni. 
doakan supaya perjalanan urusan kita selepas ni dipermudahkan okay! 
wallahualam. :)




Thursday, 3 October 2013

Hidayah Allah satu anugerah



















Assalamualaikum semua,

Teringat pesan seorang sahabat,
"apabila terdetik dihati kita untuk berubah ke arah kebaikan,
itu tandanya Allah turunkan hidayah kepada kita."
jangan tangguh, sebab tak semua orang dipilih Allah untuk diberikan hidayahNya.
hanya hamba-hamba yang terpilih,
sebab itu kita kena mohon supaya Allah sentiasa memberikan hidayah dan rahmatnya sepanjang masa.

Hidayah Allah itu satu aanugerah,
bila Allah detikkan hati kita untuk berubah, terus buat,
sebab mungkin bila kita abaikan, peluang kedua x datang lagi.

Subhanallah, betapa bertuahnya orang-orang yang dipilih Allah kan?
sebab tu kita kena berubah untuk menjadi lebih baik, kerana Allah,
bukan kerana manusia. bukan kerana apa-apa,
baiki niat, tetapkan hati,
supaya Allah teguhkan hati kita untuk istaqamah dalam penghijrahan.

Wallahualam. :)



Wednesday, 2 October 2013

Hati yang keras



Tak semua orang macam kita.
Tak semua orang akan fikir cara kita berfikir
Tak semua orang lembut hati macam kita
Tak semua orang akan resah gelisah bila tak memaafkan orang lain
Tak semua orang boleh hidup bila berdendam dengan orang lain
Tak semua orang akan abaikan perkara remeh untuk orang yang disayangi
Tak semua orang akan saying sahabat, macam mana kita sayang sahabat kita
Tak semua orang akan berkorban apa sahaja demi seorang insane yang bernama sahabat
Tak semua orang boleh terima diri kita seadanya, seperti mana kita boleh menerima mereka seadanya.
Sebab… dunia ini penuh dengan pelbagai jenis manusia,
Sebab itu dunia ini penuh dengan warna warni.

Tapi sayang…,
 Jangan terlalu megah dengan diri sendiri,
Jangan terlalu angkuh beranggapan kita sentiasa diatas.
Jangan terlalu ego bahawa kita akan sentiasa dikelilingi insan2 yang tak seperti kita.
Ingatlah, Allah itu terlalu kaya, dan manusia itu terlalu lemah.
Sedangkan Allah ampunkan hambanya, siapa kita untuk mempersoalkan.??

Hamba Cuma mengingatkan,
semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan dimasukkan kedalam golongan yang diredhaiNya
wallahualam. J


Tuesday, 17 September 2013

Jodoh awal, tak pernah terdetik.

Assalamualaikum.
Maaf jika bahasa yang digunakan tidak berperasaan.
Sebabnya, fikiran kacau bilau.
Cuma boleh bertenang sikit lepas dengar mukadimmah mak tadi.
Yes, Cuma mak yang boleh tenangkan zati!

Sungguh, tak pernah terlintas di fikiran sihat zati kalau jodoh zati sampai awal
Berniat tu apatah lagi.
Tapi, bila keadaan dah jadi macam ni, mak ayah dah guna kuasa veto
Dan disokong ahli-ahli parlimen lain, adik beradik ramai, makin kuat la sokongan.
Yes, memang sekarang ramai kawin muda, tapi zati tak sedia lagi!

Dah rasa macam dalam cerita novel pun ada.
Apapun, kena berfikiran positif.
Zati yakin, PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK.
Semoga Allah permudahkan segala urusan,
Kuatkan mental, tabahkan hati.
Jumpa lain masa ye semua.
Wallahualam.

Tuesday, 10 September 2013

Final year!!???


Assalamualaikum semua!! 
hai, selamat kembali ke alam nyata yer kengkawan
setelah berpenat lelah membesarkan badan kat umah
sepanjang cuti hampir 2 bulan ni hehe J

rasa macam sgt x percaya, dah masuk final year rupanya
ok so izzati, be matured! haha
Cerita sem ni lain macam sikit,
ok cerita dia macam ni,
Oleh kerana fac zati ni fac admin, so staff2 dekat fac ni terlebih rajin la dalam
“Meng-admin-kan”

Yang paling menimbulkan isu, kelas ditetapkan!
Fulamak.. macam sekolah plak rasanya
And worst bila kteorg dah masuk part 5!
“final year” katakana, nak buat projek itu, ini, research lagi
Huh, cubaan betul bila kena dgn “kawan” yang x berapa ngam.

Tak pe, yang penting kena think positif je sekarang.
Tak boleh banyak mengeluh ok? J
Ada hikmahnya ni, Cuma mungkin kita x Nampak lg, ye dok?
Semoga Allah permudahkan segala urusan.amin..

Anyway, tadi dah ada perjumpaan dekan.
Awal fac kita buat semester ni kan? haha
biasanya next week atau next two week baru ada,
tapi Ok jugak, sebab dapat berita terbaru td,
Setelah dipertimbangkan, student final year dikecualikan  
daripada tukar ke kampus seremban 3.
Perasaan bercambur baur, mungkin sebab dah mind set tahun depan tukar sana.
Tp Alhamdulillah jugak, tak payah bersusah payah tukar sana
untuk satu sem je lagi tu. kan kan??
apa pun, terima kasih ya Allah di atas segala perancangan ini. J




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...